Bung Setuju DUN Sabah Bersidang Semula

KOTA KINABALU, 18 Jun – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula bagi mengadakan persidangan ,sejajar dengan titah Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan membuka sidang Parlimen di peringkat Persekutuan. Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya,beliau yakin perkara ini dalam perhatian serta pertimbangan […]

» Read more

Titah Agong Persidangan Parlimen Secepat Mungkin… Maka Secepat Mungkin Perlu Diadakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, maka secepat mungkin ia perlu diadakan. Ujarnya, benar bahawa tafsiran ‘secepat mungkin’ bersifat subjektif, namun bukankah masih ada aspek-aspek untuk mentafsirkannya. “Dalam hal persidangan Parlimen ia adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sama ada secara fizikal […]

» Read more

PBRS Junjung Titah Agong, Setuju Parlimen Harus Bersidang Segera

KUALA LUMOUR, 18 Jun – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata  Keputusan ini membuktikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan […]

» Read more

Melaka Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Berjumlah Lebih RM174.52 Juta

MELAKA, 18 Jun — Kerajaan negeri Melaka hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2020: Sejahtera Bersama membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM174.52 juta. Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pakej bantuan bersifat inklusif dan komprehensif itu merangkumi keseluruhan masyarakat termasuk pihak industri, membabitkan 60 inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat yang terjejas oleh COVID-19 […]

» Read more

Antara Sidang Parlimen Dan Darurat… Titah Agong Secepat Mungkin – Zahida

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Secepat mungkin bermaksud segera, bukan bulan hadapan atau tiga bulan lagi. Demikian tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan rasmi selepas perbincangan khas bersama Raja-raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara baru-baru ini. Yang di-Pertuan Agong dilapor menzahirkan pandangan […]

» Read more

Pemuda UMNO/BN Terus Perjuangkan Isu Kebajikan, Dengarlah Suara Hati Rakyat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa terkilan membaca komentar-komentar sinis sama ada daripada cybertrooper berbayar JKOM mahupun segelintir pendokong PPBM dan PN yang memerli dan mempertikaikan usaha Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) berterusan mendesak Kerajaan dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan rakyat. Ini membabitkan isu moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0, diskaun […]

» Read more

Tiada Bantuan… Di Mana Kerajaan Ketika Rakyat Sedang Susah? – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak supaya kerajaan negeri memulakan inisiatif bantuan kepada rakyat sebagaimana dilaksana oleh beberapa kerajaan negeri yang lain. Ketuanya, Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu bantu rakyat yang semakin kurang hasil jualan perniagaan mereka atau rakyat yang hilang pekerjaan kerana syarikat-syarikat mereka bekerja ditutup dan paling penting, berilah bantuan komputer […]

» Read more

Demi Persaudaraan Sejagat, Selamat Berangkat Misi Kemanusiaan UMNO ke Palestin – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang digerakkan sebagai usaha bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat di Gaza dijadualkan akan berlepas ke sana awal pagi esok. Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan selamat berangkat kepada anggota misi yang diketuai oleh Pengerusi Biro terbabit, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul […]

» Read more

Ketua Pemuda UMNO Perak Buat Laporan Polis, Poster Disifatkan Fitnah MB Perak

IPOH, 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis berhubung poster yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak. Mohd Ariff membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar kira-kira 4.15 petang tadi. Menurut Mohd Ariff, poster berkenaan yang […]

» Read more

Campuran Dua Vaksin Masih Dikaji – Khairy

KUALA NERUS, 17 Jun – Kerajaan masih mengkaji dan mempertimbangkan kaedah campuran atau ‘mix and match’ vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca, bagi melengkapkan dua dos vaksin. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut telah pun dibentangkan dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lepas, namun setakat ini keputusan mengenai kaedah campuran vaksin itu […]

» Read more
1 1,267 1,268 1,269 1,270 1,271 1,959