PBRS Junjung Titah Agong, Setuju Parlimen Harus Bersidang Segera

KUALA LUMOUR, 18 Jun – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata  Keputusan ini membuktikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan selari dengan hasrat memelihara peranan ‘legislative oversight’ semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Negara.

Tambah Arthur lagi, beliau berharap persidangan Parlimen yang akan datang akan digunakan sepenuhnya untuk membolehkan ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“ Ini selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani covid dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi dalam sesi menghadap tersebut,  beliau turut menjelaskan tentang keadaan ekonomi semasa dan kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh rakyat
di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“ Proses vaksinasi yang agak perlahan juga amat membimbangkan khususnya bagi kawasan pedalaman Sabah yang kurang akses kepada pembangunan infrastruktur dan komunikasi.”

“ Sehingga 16 Jun 2021, penerima vaksin di seluruh Negeri Sabah berjumlah 282,798 orang, manakala bagi Zon Pedalaman Sabah pula adalah sebanyak 25,619 orang. Ini menunjukkan kadar vaksinasi hanya 10.25% daripada populasi Sabah dan antara yang terendah”

Dalam Pada itu Menurut Arthur lagi PBRS juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

“ PBRS mendokong dan memandang serius saranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan keperluan untuk memastikan kestabilan politik supaya Kerajaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam menangani COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia” katanya lagi. -bnnewsonline

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.