PAU Bakal Bawa Tumpuan, Semarak Pengukuhan Bersedia Hadapi PRN – Azhari

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 kelak bakal membawa gelombang baharu kepada parti.

Katanya ia sekaligus memperkukuh dalam kalangan akar umbi bagi membawa aspirasi perjuangan parti yang didukung sejak awal penubuhannya.

“PAU ini akan mencipta satu gelombang hebat supaya menaikkan semangat para perwakilan dan ianya dapat memberi satu tumpuan yang lebih khusus maknanya tiada lagi perbalahan dalaman, persengketaan antara kita memandangkan pemilihan pun sudah berlalu,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut sama berkata langkah itu penting bagi memastikan persediaan sewajarnya dilakukan bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semoga dapat memperkukuhkan lagi tali persaudaraan, perpaduan di semua peringkat supaya ianya dapat diterjemahkan pada PRN kelak.

“Harapan saya pada PAU ini akan menguat dan meningkatkan lagi semangat semua perwakilan terutamanya di bahagian untuk di bawa balik ke kawasan masing-masing

“…serta mind setting yang lebih fokus ke arah kemenangan semua kerusi di enam negeri pada PRN,” ujar beliau. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit