Tok Mat Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau Tanpa Bertanding

SEREMBAN, 1 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Mustafa Salim, berkata Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin. “Selain itu, Ketua […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Proses Cabut Nombor Undi Calon Esok, 2 Mac

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Kehangatan musim Pemilihan UMNO 2023 akan diteruskan dengan proses cabutan undi nombor calon bagi ahli yang menawarkan diri bertanding jawatan di peringkat pusat pada 2 Mac, Khamis. Proses cabutan undi nombor calon-calon tersebut akan diadakan di Auditorium UMNO, Aras 4, Menara Dato’ Onn di sini. Cabutan undi akan dilakukan oleh calon ataupun wakil calon. Namun, […]

» Read more

Pemilihan UMNO Simbolik Silaturahim Terjalin Dalam Kalangan Ahli Parti – JPU

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 ini merupakan simbolik kepada silaturahim yang terjalin dalam kalangan ahli parti. Katanya, pertandingan ini memberikan signifikan tersendiri apabila ramai dalam kalangan pemimpin muda yang menawarkan diri bagi memberikan perkhidmatan mereka kepada parti. “Pemilihan ini boleh mengeratkan silaturahim, kemesraan dalam kalangan […]

» Read more

Kumpulan Sulu Buat Tuntutan Di Mahkamah Untuk Dapatkan Wang – Azalina

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi, adalah untuk mendapatkan wang. Beliau turut mempersoalkan mengapa Kumpulan Sulu itu membuat tuntutan mereka melalui prosiding arbitrasi dan bukannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). “Saya rasa locus itu perlu dipersoalkan, maknanya […]

» Read more

Hanya Ada Satu Kem Dalam UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hanya ada satu kem dalam parti berkenaan, iaitu kem UMNO Malaysia. “Tidak ada kem. Satu kem saja, kem UMNO Malaysia,” katanya kepada pemberita […]

» Read more

Kerajaan Dapat Jimat RM17 Bilion Jika T20 Tidak Diberi Subsidi Bahan Api – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada 2022, penggunaan ketiga-tiga bahan api itu dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) hanya sekitar 24 peratus, manakala berpendapatan sederhana […]

» Read more

UMNO Tidak Mudah Dipinggir, Terus Bantu Rakyat Dan Negara – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb – UMNO bukanlah sebuah parti yang mudah untuk dipinggirkan begitu sahaja dan masih mampu untuk menyumbang kepada pembangunan negara serta menyatukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa ini UMNO dilihat sedang mencari jalan keluar bagi menghadapi kemelut politik yang semakin mencabar dan dinamik. “Alhamdulilah, saya dimaklumkan bahawa […]

» Read more

Mahdzir Khalid Menang Tanpa Bertanding Jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

ALOR SETAR, 28 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap setelah tiada pencabar merebut jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 2023-2026 yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ariffin Man berkata oleh itu, terdapat 36 individu yang akan bertanding untuk jawatan Ketua UMNO […]

» Read more

Terima Kasih Ismail Sabri Atas Khidmat Sebagai Naib Presiden – Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas jasanya sebagai Naib Presiden UMNO. Beliau berkata demikian, susulan keputusan Ismail Sabri untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden pada Pemilihan UMNO yang dijadualkan Mac ini. “Saya kira beliau sudah membuat satu keputusan yang besar buat dirinya… mungkin […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Bawa Peranan Menasihati Parti, Realisasi Asas Dan Tujuan UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Majlis Ulama UMNO yang ditubuhkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2022 membawa peranan tersendiri terutama dalam menasihati parti bagi merealisasikan asas dan tujuan UMNO. Setiausaha Eksekutif, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ia meliputi sebagaimana Fasal 3 dan ceraian 3.1 Perlembagaan UMNO iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan […]

» Read more
1 1,196 1,197 1,198 1,199 1,200 2,355