Berilah Kelonggaran Kepada Rakyat Yang Telah Lengkap Dua Dos Vaksinasi – Ahmad Said

KUALA LUMPUR, 18 Julai – “Kita mohon kerajaan mengkaji semula demi kesejahteraan rakyat yang sedang berjuang meneruskan kehidupan akibat Pelan Pemulihan Negara (PPN) /Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan terutamanya yang tiada pendapatan tetap, bekerja sendiri dan bergantung kepada gaji harian,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Jelas beliau, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dapat […]

» Read more

Larangan Guna Surat MITI Kerana Ramai Salah Guna Balik Kampung – TPM

JEMPOL, 18 Julai – Larangan pergerakan rentas negeri menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selama empat hari bermula hari ini diputuskan kerana terdapat individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lepas sehingga mencetuskan 36 kluster COVID-19. “Saya fikir semua orang […]

» Read more

Bukan Sekadar Bakul Makanan, Segerakan Tuntutan Rakyat– Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) /Perikatan Nasional (PN) dakwa rakyat harus bersyukur kerana bantuan Kerajaan setakat ini sudah memadai, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Bahkan, ujarnya Perdana Menteri (PM) pula mendakwa  sudah terlebih  dan bertimbun barang-barang keperluan di dapur. “Apakah Bakul Makanan (Bakul Prihatin Negara) dianggap bakul ajaib […]

» Read more

Individu Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

KANGAR, 18 Julai – Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19. “Pengurusan masjid berhak […]

» Read more

Lebih 14 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Sehingga Semalam

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Feb, kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua. Semalam sahaja sebanyak 380,440 […]

» Read more

Selangor, KL Kekal Fasa 1 PPN – TPM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kerajaan telah mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim dan lokaliti di dua negeri terbabit semalam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai namun kes COVID-19 masih tinggi […]

» Read more

Projek Bina Hospital Padang Besar Diteruskan Dengan Penglibatan Swasta

PADANG BESAR, 17 Julai – Projek pembinaan Hospital Padang Besar akan diteruskan apabila beberapa pihak termasuk Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menunjukkan minat untuk terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata projek tersebut pernah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini namun tiada peruntukan kewangan telah menyebabkan projek tersebut tidak dapat diteruskan. “Projek […]

» Read more

Tiada Kompromi Untuk Kilang Lakukan Kesalahan Berkaitan SOP – TPM

KLANG, 17 Julai – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kilang yang melakukan kesalahan dan gagal mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mengimbas kod MySejahtera; sedangkan menurutnya peraturan itu adalah penting kerana di dalam aplikasi itu ia akan memaparkan […]

» Read more

Kembalikan Kegemilangan Tabung Haji, RCI Perlu Jujur Dan Terbuka- Noor Azleen

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berpandangan bahawa RCI ini adalah perlu untuk mengembalikan keyakinan fungsi dan kredibiliti peranan TH sebagai sebuah institusi penting bagi umat Islam. “RCI ini perlu jujur dan terbuka untuk mengenal […]

» Read more

Percepatkan RCI Tommy Thomas Biarkan Kebenaran Benar-Benar Terjawab – Razlan Rafii

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berharap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat perkara yang dibangkitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness. Jelas beliau, Tommy telah banyak menimbul serta membongkarkan cerita di sebalik pendakwaan kes-kes semasa beliau […]

» Read more
1 1,194 1,195 1,196 1,197 1,198 1,912