11 Lagi Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD Mulai Khamis- Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Sebanyak 11 lagi lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuat kuasa Khamis ini sehingga 25 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, di Sabah ia termasuk tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol; Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou.

Lokaliti lain adalah Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau; Kampung Batu 1 Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.

Di Pahang pula melibatkan Felda Jengka 25 di Temerloh.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.