Gelombang Biru Banjiri Dataran Alor Limbat, Demam PRN Mula Dirasai

MARANG, 23 Jun – Gelombang Biru 2.0 membanjiri Dataran Alor Limbat, semalam sekaligus menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu telah bermula. Bermula seawal jam 9.30 malam, majlis ini dihadiri oleh para pemimpin setempat dan juga negeri angkat yang bakal membantu proses berkempen para jentera. Majlis Gelombang Biru 2.0 ini mempunyai dua elemen iaitu Ceramah Perdana yang disampaikan […]

» Read more

UMNO Pelopor Kemenangan Dari Awal, Pastikan Terus Menang Depani Cabaran

LAHAD DATU, 23 Jun – Parti UMNO telah mencapai kemenangan dari awal apabila menuntut kemerdekaan maka setiap kemenangan mesti diperjuangkan, tegas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul yang yakin bahawa pelbagai cabaran yang dihadapi akan dapat diharungi. Katanya, bagi mendepani cabaran terdekat iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan […]

» Read more

Agenda Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat Jadi Komponen Utama Kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya usaha dan agenda peningkatan taraf hidup rakyat terutamanya masyarakat desa sentiasa menjadi komponen utama Kerajaan Perpaduan. Kata Presiden UMNO itu dalam satu catatan di Facebook, ini dalam memastikan peningkatan kesejahteraan hidup dan pembangunan sosiokenomi negara secara keseluruhan. Menurutnya lagi, Program Pembangunan Usahawan Orang Asli merupakan […]

» Read more

DUN Selangor Bubar Secara Rasmi Hari Ini

SHAH ALAM, 23 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 […]

» Read more

Johor Penyumbang Terbesar Kepada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-April Tahun Ini

ISKANDAR PUTERI, 22 Jun – Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 juta bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu […]

» Read more

UMNO Selangor Nafi Keluarkan Surat Desak Rafizi Letak Jawatan Menteri Ekonomi

SHAH ALAM, 22 Jun – Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini menafikan telah  mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau. UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan. Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut. “Berita palsu seumpama […]

» Read more

Jangan Mainkan Isu Triti Persempadanan Laut Malaysia-Indonesia Untuk Raih Dokongan Politik

PUTRAJAYA, 22 Jun  – Perjanjian penyelesaian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata setiap pemimpin tidak kira dari parti mana perlu bersikap bertanggungjawab dalam perkara yang disampaikan kepada pengundi dan tidak harus […]

» Read more

PRN Kedah: ‘Mood’ UMNO Kubang Pasu Terus Positif, Sumbang Kemenangan Kepada BN

KUBANG PASU, 22 Jun – Jalinan serta kerjasama utuh di peringkat akar umbi merupakan ramuan yang cukup bermakna dalam usaha Barisan Nasional (BN) Kubang Pasu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dalam masa terdekat termasuklah berdepan pelbagai cabaran khususnya pelbagai isu yang akan ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam usaha meracuni pemikiran jentera setempat. Justeru Ketua UMNO Kubang Pasu, Datuk Aminuddin […]

» Read more

Demi Kepentingan Politik, PPBM Dan Pas Saling Memperkuda Satu Sama Lain – Lokman

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperkudakan Pas memandangkan parti itu sendiri tidak mempunyai jentera. Menurut beliau, Pas yang sudah diketahui mempunyai kekuatan jentera pula mengharapkan PPBM melibatkan dana. “Pas ini ada kekuatan jentera malah boleh diperkatakan Pas ini diperkudakan oleh PPBM kerana PPBM tidak […]

» Read more

IKR Mudahkan Rakyat Peroleh Peruntukan Tambah Baik Infrastruktur Awam – Rais

MELAKA, 22 Jun – Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) berjumlah RM500 juta diumum Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini, merupakan satu inisiatif yang baik bagi mempermudah rakyat mendapatkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur kecil awam. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Datuk Rais Yasin berkata selain itu, IKR juga menunjukkan tiada jurang bagi rakyat dan […]

» Read more
1 … 1,185 1,186 1,187 1,188 1,189 … 2,372