Shahril Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Pasukan Penerangan

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan merakam penghargaan tidak terhingga kepada seluruh pasukan yang telah bersama menjayakan segala gerak kerja Penerangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Katanya, penghargaan tersebut diberikan kepada penjawat Penerangan di peringkat negeri dan bahagian, mahupun sukarelawan mahasiswa dan siber, sehinggalah staf Penerangan di belakang tabir tetapi sebenarnya menjadi tulang […]

» Read more

Hubungan Dagangan Dua Hala, COVID-19 Antara Perkara Dibincangkan Ismail Sabri Dan Shinzo Abe

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Hubungan perdagangan dua hala, pandemik COVID-19, kerjasama pelaburan, perkembangan geopolitik antarabangsa dan isu serantau antara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe malam tadi. Menerusi hantaran Facebooknya, Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai lawatan Abe yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke negara ini yang […]

» Read more

Johor Mengundi Hari Ini, 1,021 Pusat Mengundi Dibuka Mulai 8 Pagi

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Hari ini rakyat Johor mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi memilih kerajaan negeri baharu, menyaksikan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun merasai pengalaman mengundi buat pertama kalinya. Sebanyak 1,021 pusat mengundi bersedia membuka pintu bermula 8 pagi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab […]

» Read more

Tujuh Sebab Pilih BN, Ayuh Undi Kestabilan Masa Depan

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selesai sudah tempoh 14 hari berkempen dan esok adalah hari penentuan dengan pengundi di Johor akan membuat keputusan siapakah yang berhak diangkat untuk menerajui negeri yang penuh dengan potensi dan masa depan. Katanya, beliau sedar pasti semua telah meneliti latar belakang calon dan tawaran-tawaran […]

» Read more

Pengundi Letak Harapan Tinggi Kepada BN Yang Boleh Stabilkan Johor

MACHAP, 11 Mac – Pecutan terakhir Barisan Nasional (BN) sebelum hari mengundi ini menampakkan pengundi-pengundi masyarakat cina semakin meningkat berbanding masa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Menurutnya, mereka mahu melihat negeri Johor ini terus kuat dan stabil dalam pentadbiran serta politik negara. “Pengundi juga mengharapkan kerajaan Persekutuan juga mempunyai pentadbiran […]

» Read more

Bulatkan Tekad Undi BN… Jangan Lupa Janji Manifesto PRU14 Tak Ditunai – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diharap akan membulatkan tekad dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian yang bakal berlangsung esok, Sabtu. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa rakyat tentunya masih tidak lupa lagi kepada parti-parti yang berjanji tetapi tidak menunaikan manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hinggakan rakyat […]

» Read more

Jangan Terpedaya Dakyah, Provokasi Melampau Sebar Berita Palsu

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas provokasi melampau yang menyebarkan berita palsu kononnya dari Presiden UMNO. Katanya, menjelang beberapa jam lagi proses membuang undi bagi PRN Johor, UMNO terus menerima provokasi apabila tersebar kenyataan palsu sebagai satu cubaan memburukkan parti. “Kenyataan media palsu tersebut menyatakan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan […]

» Read more

Undilah BN Demi Kestabilan Masa Depan, Noktahkan Retorik Politik – Tengku Adnan

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Rakyat diminta untuk memilih Barisan Nasional (BN) dalam hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung esok bagi menoktahkan retorik dan polemik politik yang tidak berkesudahan. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tolaklah janji-janji palsu dan mimpi-mimpi yang penuh fantasi. “Tarikh 12 Mac, hari Sabtu adalah hari pengundian PRN Johor. Pastikan […]

» Read more

Pecutan Kempen Saat Akhir Ismail Terus Jadi Pusat Luahan Masyarakat

PAGOH, 11 Mac – Pecutan saat-saat akhir kempen calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memasuki fasa akhir hari ini dan tidak terkecuali calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Ismail Mohamad yang melakukan ‘walkabout’ di beberapa kawasan termasuklah petang tadi di Pekan Kg Teratai, di sini. UMNO-Online yang turut berkesempatan bersama-sama dalam ‘walkabout’ berkenaan […]

» Read more

Tentukan Hala Tuju ‘Rumah Kita’, Pilih BN Demi Kestabilan Masa Depan – Hasni

JOHOR BAHRU, 11 Mac – “Dalam tempoh kurang daripada 24 jam ini, saudara dan saudari akan menentukan hala tuju ‘rumah kita’ untuk lima tahun akan datang,” kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang bertanding sebagai calon DUN Benut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok. Sehubungan itu katanya, beliau serahkan semua kepada rakyat Johor untuk menentukan segalanya pada hari esok. […]

» Read more
1 1,023 1,024 1,025 1,026 1,027 1,959