Shahril Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Pasukan Penerangan

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan merakam penghargaan tidak terhingga kepada seluruh pasukan yang telah bersama menjayakan segala gerak kerja Penerangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Katanya, penghargaan tersebut diberikan kepada penjawat Penerangan di peringkat negeri dan bahagian, mahupun sukarelawan mahasiswa dan siber, sehinggalah staf Penerangan di belakang tabir tetapi sebenarnya menjadi tulang belakang jabatan ini dengan ucapan jutaan terima kasih atas usaha dan pengorbanan.

Jelasnya lagi, berbeza dari PRN Melaka, usaha pasukan Penerangan kembali seperti sedia kala menumpukan usaha dan fokus kepada kempen secara fizikal dan digital.

“Dari video harian menjawab isu yang berbangkit, sketsa, ceramah mobil, video rayuan calon, trak LED bergerak, infografik pelbagai – banyak inisiatif yang diteruskan dari PRN Melaka.

“Penerangan juga membawa pendekatan baharu dengan segmen e-sports untuk merapatkan diri dengan orang muda serta segmen Viral Hari Ini (VHI),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya juga, semuanya mustahil tanpa kerjasama seluruh pasukan Penerangan berganding bahu bersama BN Comms (Komunikasi Barisan Nasional) di bawah Pengarahnya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menjadi Pengerusi Portfolio Komunikasi untuk pilihan raya.

Begitu juga katanya, ucapan terima Kasih juga kepada Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Dr Adham Baba yang banyak bersama menyelaras tugasan Penerangan bagi PRN Johor.

Seterusnya, Shahril juga berharap agar dikurniakan kemenangan besar kepada BN di PRN Johor ini untuk melaksana Ikhtiar dan janji untuk membawa Kestabilan Masa Depan Negeri Johor Darul Takzim di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad. – UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Mohamed

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.