Tentukan Hala Tuju ‘Rumah Kita’, Pilih BN Demi Kestabilan Masa Depan – Hasni

JOHOR BAHRU, 11 Mac – “Dalam tempoh kurang daripada 24 jam ini, saudara dan saudari akan menentukan hala tuju ‘rumah kita’ untuk lima tahun akan datang,” kata

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang bertanding sebagai calon DUN Benut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Sehubungan itu katanya, beliau serahkan semua kepada rakyat Johor untuk menentukan segalanya pada hari esok.

“Esok adalah hari yang penting. Saya seperti saudara saudari harus memilih siapa paling layak untuk melindungi rumah kita. Yakin dan percayalah kita wajar memilih hanya yang terbaik untuk rumah kita.

“Kita wajar memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus ekonomi dan membina potensi rakyat Johor. Kita wajar memilih naratif politik baru lagi matang, bukan politik yang disruptif, jauh sekali ahli-ahli politik yang cauvinist.

“Pilihan di tangan kita. Pilihlah mereka yang benar-benar mahu dan terbukti berupaya memberikan yang terbaik untuk masa depan rumah kita. Semoga dengan tekad untuk kekal berikhtiar Johor akan jadi lebih hebat dari sekarang. Kita wajar memilih kestabilan masa depan, kita pilih BN,” ujarnya menerusi pesanan kepada pengundi Johor dalam laman facebooknya.

Tegasnya, rakyat perlu tentukan hala tuju ‘rumah kita’ untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Bila diberikan mandat untuk membentuk kerajaan nanti, BN tidak akan berlengah untuk melaksanakan ikhtiar yang ada demi menjamin kestabilan masa depan semua rakyat.

“Semoga kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional demi ‘Kestabilan Masa Depan’.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.