Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara: Kerajaan Galak Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Kerajaan menggalakkan pelaksanaan dasar teknologi hijau dan penggunaan tenaga baharu dalam operasi data untuk mencapai sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2050 seperti yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bersepadu untuk […]

» Read more

Agenda Reformasi Sentiasa Dilaksana, Diteruskan – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan komited untuk memastikan agar agenda reformasi sentiasa dilaksanakan dan diteruskan. Tegasnya, selaras dengan hasrat tersebut, beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilaksanakan untuk memastikan hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara. “Kerajaan Madani sentiasa komited terhadap agenda reformasi institusi dalam memastikan hak rakyat Malaysia […]

» Read more

Isu Laut China Selatan: Malaysia Komited Selesaikan Secara Konstruktif, Guna Saluran Bersesuaian

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai, kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Tegasnya, pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten maka semua pertikaian perlulah berdasarkan undang-undang antarabangsa. “Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada isu di Laut China […]

» Read more

Kerajaan Beri Kebebasan Bersuara Kepada Rakyat, Sertai Perhimpunan Aman Ikut Undang-undang

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara kepada rakyat di semua peringkat termasuk untuk penganjuran atau penyertaan perhimpunan aman dan tanpa sejata oleh warganegara. Menurut beliau undang-undang yang digunapakai adalah berpandukan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta 736 yang mengkehendaki penganjur untuk mengemukakan pemberitahuan […]

» Read more

Angkat Peranan GLC, GLIC Untuk Kesejahteraan Ekonomi Negara – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) penting bagi menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara, kata Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Menurut beliau, melalui audit yang akan dilaksanakan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap 2,000 GLC mulai tahun depan akan mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia. “Saya sokong […]

» Read more

Belanjawan Negara Sebagai Pemangkin Ekonomi Dan Ujian Kemampanan Pentadbiran – Shahar

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan Belanjawan negara adalah suatu instrumen penting pemangkin kepada ekonomi dan suatu pengharapan kepada rakyat di samping menguji kemampanan pentadbiran negara. Menurut beliau, pihak kerajaan telah berjaya membentangkan kerangka anggaran yang inklusif dan hala tuju ekonomi yang jelas setahun kehadapan, serta berfokus memperkasakan rakyat berasaskan keadilan sosial. […]

» Read more

KESUMA Tingkatkan Keterampilan Graduan Untuk Hadapi Cabaran Industri 4.0 – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus mengorak langkah dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan pekerja tempatan bersedia menghadapi cabaran dalam sektor teknologi dan Industri 4.0 yang semakin kompetitif. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata melalui pelbagai program latihan kemahiran, KESUMA komited untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan dan pekerja, selaras dengan kehendak industri […]

» Read more

Pindaan RUU Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Bakal Bawa Perubahan Besar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan di Dewan Rakyat pada semalam membawa manifestasi sendiri. Menurut beliau, ini kerana ia bakal membawa perubahan besar dalam memberi hak yang sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara, “Alhamdulillah, hari ini saya telah hadir di […]

» Read more

Tenggara Sokong Pindaan RUU Kewarganegaraan, Harap Kerajaan Lebih Teliti

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan dan berharap agar kerajaan lebih teliti dalam mengambil sebarang keputusan. Jelasnya, pindaan perlembagaan tersebut sudah semestinya menjadi harapan baru untuk menyelesaikan segala permasalahan dihadapi rakyat terutamanya dari sudut kewarganegaraan. “Isu kewarganegaraan di rakyat negara ini semakin meruncing dan akan memberi pelbagai […]

» Read more

Isu Gelandangan: Perlu Kerjasama Semua Pihak, Capai Pengendalian Secara Holistik – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan bahawa kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengendalikan isu gelandangan secara holistik. Tegasnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang meneliti dapatan kajian semakkan semula Akta Kanak-Kanak Papa 1977 agar isu gelandangan serta pengemisan dapat diatasi. “Kajian semakkan semula Akta Kanak-Kanak […]

» Read more
1 … 51 52 53 54 55 … 75