Manfaatkan Penanaman Nanas Sebagai Sumber Kekayaan Baharu Negara – Manndzri

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berpandangan kerajaan perlu memanfaatkan penanaman nanas yang merupakan sumber kekayaan baharu negara.

Menurut beliau ini kerana nanas mempunyai potensinya yang tersendiri selepas durian.

“Pengeluaran nanas bagi tahun 2023 sekitar 440 ribu tan metrik.

“Nilai pengeluaran nanas meningkat 15 peratus iaitu RM933 juta pada tahun 2022 kepada RM1.07 bilion tahun 2023.

“Johor merupakan negeri pengeluar utama dengan keluasan bertanam 10, 336 hektar,” katanya.

Manndzri berkata demikian pada perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu beliau turut sama meminta penjelasan daripada kerajaan sejauh mana usaha yang dilaksanakan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pengusaha nanas dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan.

“Sejauhmana kolaborasi strategik yang dilaksanakan melibatkan kerjasama sektor awam dan swasta bagi tujuan pengembangan kawasan, penyelidikan serta pembangunan berkaitan industri nanas dan pasaran,” ujar beliau. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno