Keputusan PRN Melaka: Ikuti Siaran Langsung Dari Pusat Operasi BN
MELAKA, 14 Nov – Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung dari Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Siaran langsung berkenaan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti perkembangan dari pusat operasi, termasuk suasana semasa, pengumuman keputusan serta kenyataan rasmi kepimpinan Barisan Nasional.
Ikuti siaran langsung menerusi platform media sosial rasmi FACEBOOK UMNO ONLINE bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini secara langsung dari Pusat Operasi BN.- UMNO Online

