PRN Melaka: Semua 240 Pusat Pengundian Ditutup Pukul 6 Petang

MELAKA, 14 Nov – Kesemua 240 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup tepat pukul 6.00 petang tadi.

Penutupan semua pusat pengundian itu menandakan berakhirnya proses pengundian bagi PRN Melaka, sekali gus membuka laluan kepada proses pengiraan undi untuk menentukan keputusan pilihan raya.

Pusat pengundian bagi PRN Melaka dibuka secara rasmi pada jam 8 pagi tadi bagi memberi peluang kepada rakyat
menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang bakal mengisi 28 kerusi DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam proses pengundian kali ini. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO