Ayuh Sertai Pertandingan Sempena Jubli Intan UMNO Ke-75, Serlahkan Kreativiti Anda!

KUALA LUMPUR, 25 Feb – UMNO Malaysia menjemput warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 penubuhan UMNO pada 11 Mei 2021 ini.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Penulisan Puisi, Video Pendek dan Mencipta Logo yang bertemakan ‘Jubli Intan UMNO, Jasa dan Perjuangan’.

Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berumur 16 tahun dan ke atas, berikut merupakan kategori-kategori yang dipertandingkan serta hadiah untuk dimenangi:

1. Penulisan Puisi

Tarikh penyertaan dibuka: 23 Februari 2021
Tarikh penyertaan ditutup: 1 April 2021

Hadiah:
Pertama – RM4,000, Sijil dan Plak
Kedua – RM3,000, Sijil dan Plak
Ketiga – RM2,000, Sijil dan Plak
10 Saguhati – RM600 setiap satu, Sijil dan Plak

2. Video Pendek

Tarikh penyertaan dibuka: 23 Februari 2021
Tarikh penyertaan ditutup: 10 April 2021

Hadiah:
Pertama – RM7,500, Sijil dan Plak
Kedua – RM5,000, Sijil dan Plak
Ketiga – RM3,000, Sijil dan Plak
15 Saguhati – RM750 setiap satu, Sijil dan Plak

3. Mencipta Logo

Tarikh penyertaan dibuka: 23 Februari 2021
Tarikh penyertaan ditutup: 23 Mac 2021

Hadiah:
Pertama – RM3,000, Sijil dan Plak
Kedua – RM2,000, Sijil dan Plak
Ketiga – RM1,000, Sijil dan Plak
10 Saguhati – RM500 setiap satu, Sijil dan Plak

Bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, tiada yuran penyertaan dikenakan.

Setiap peserta juga boleh menghantar seberapa banyak bahan menggunakan borang penyertaan yang disediakan.

Setiap bahan digalakkan dihantar secara atas talian melalui QR Code yang disediakan menerusi laman web rasmi di www.umno-online.my atau ke email [email protected] atau [email protected].

Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan sila layari laman web www.umno-online.my.

Ayuh sertai, serlahkan kreativiti anda bersama UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.