Sayembara Mencipta Logo

JUBLI INTAN UMNO, JASA DAN PERJUANGAN 
1. Ibu Pejabat UMNO menjemput rakyat Malaysia bagi menghantar penyertaan mencipta logo sempena sambutan Jubli Intan Ulangtahun ke-75 Penubuhan UMNO yang akan disambut pada 11hb. Mei 2021.
2. Tema pertandingan ini ialah Jubli Intan UMNO, Jasa Dan Perjuangan.
3. Tarikh penyertaan ialah bermula 23hb. Februari 2021. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23hb. Mac 2021.
A) Syarat Penyertaan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh 23hb. Februari 2021.  Kakitangan Ibu Pejabat UMNO tidak dibenarkan untuk menyertai.
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak bahan menggunakan borang  penyertaan yang disediakan. Satu penyertaan satu borang. Borang dan syarat penyertaan boleh didapati daripada laman web : www.umno-online.my.
3. Penyertaan berkumpulan dibenarkan.
4. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
5. Reka bentuk hendaklah dihasilkan di dalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik  berbentuk “softcopy” menggunakan format PNG atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 pixel atau menggunakan perisian yang bersesuaian.
6. Setiap rekacipta logo  penyertaan  perlu mempunyai komponen-komponen berikut :-
  • 6.1 Angka 75
  • 6.2 Slogan : Jubli Intan UMNO (11hb. Mei 1946 – 11hb. Mei 2021)
  • 6.3 Logo UMNO
  • 6.4 Warna-warna yang ada kaitan dengan UMNO  atau yang bersesuaian
  • 6.5 Boleh mengandungi tulisan Rumi atau kombinasi Rumi dan Jawi
7. Pereka hendaklah memberi huraian atau pengertian secara ringkas bagi setiap rekabentuk logo, simbol atau warna yang digunakan pada logo yang dihasilkan.
8. Bahan penyertaan hendaklah tulen dan bukan diciplak daripada mana-mana pihak di dalam negara dan luar negara. Setiap peserta hendaklah memastikan rekacipta  logo  tidak melanggar hakcipta yang dimiliki oleh mana mana individu, agensi atau pihak berkuasa, termasuk di negara lain.
9. Pastikan setiap penyertaan memelihara dan menghormati institusi Raja-Raja Melayu, tidak menyentuh sensitiviti kaum,  agama, budaya serta   keharmonian perpaduan. Bahan penyertaan juga hendaklah dipastikan tidak mengandungi elemen lucah, mempersenda pemimpin negara, provokatif, subversif, memfitnah, menghasut yang dianggap menyalahi perundangan Persekutuan.
10. Bahan penyertaan mestilah tidak melanggar undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.
11. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang oleh peserta.
B) Penghantaran Bahan
1. Setiap bahan digalakkan dihantar secara atas talian melalui  QR Code yang disediakan menerusi laman web rasmi di www.umno-online.my atau ke email [email protected] atau [email protected]. Tarikh akhir penghantaran pada 12.00 tengah malam, 23hb. Mac 2021.
2. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan pada bahan.
C) Hakmilik Bahan
1. Bahan-bahan yang telah dihantar akan menjadi hakmilik penganjur.
2. Peserta hendaklah bersetuju bahawa karya penyertaan mereka akan menjadi hak milik penganjur dan mereka tidak mempunyai apa-apa keabsahan undang-undang (locus standi) bagi mengambil tindakan di bawah undang-undang Malaysia.
3. Peserta hendaklah bersetuju bahawa penganjur bebas menggunakan bahan berkenaan tanpa perlu menghadapi apa jua tuntutan undang-undang hakmilik atau hakcipta daripada peserta. Ini selaras dengan undang-undang hakmilik cipta di negara ini.
D) Pengadilan & Hadiah
1. Bahan-bahan penyertaan akan diadili oleh satu pasukan juri bertauliah yang terdiri daripada profesional dan kepimpinan penganjur.
2. Hadiah Pertama  :  wang tunai RM3,000.00, sijil dan plak
Hadiah Kedua :  wang tunai RM2,000.00, sijil dan plak
Hadiah Ketiga :  wang tunai RM1,000.00, sijil dan plak
10 Saguhati :  wang tunai RM500.00, sijil dan plak (setiap satu)
3. Keputusan juri adalah muktamad.
4. Nama-nama pemenang akan diumumkan melalui laman web UMNO Online. Pemenang akan diberitahu menerusi email yang diberikan oleh  peserta. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Presiden UMNO pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Diterbitkan oleh :
Sekretariat Jubli Intan UMNO 75 tahun,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Tel : 03-40429511
Whatsapp Pertanyaan Mencipta Logo :  Pn. Nazirah:  013-370 4249
Klik Di Sini Borang Atas Talian :
Untuk Muatturun Borang (bagi penghantarn e-Mel) : BORANG SAYEMBARA MENCIPTA LOGO