Sayembara Penulisan Puisi

JUBLI INTAN UMNO, JASA DAN PERJUANGAN 
1. Ibu Pejabat UMNO menjemput rakyat Malaysia bagi menghantar penyertaan Penulisan Puisi sempena sambutan Jubli Intan Ulangtahun ke-75 Penubuhan UMNO yang akan disambut pada 11hb. Mei 2021.
2. Tema pertandingan ini ialah Jubli Intan UMNO, Jasa Dan Perjuangan.
3. Tarikh penyertaan ialah bermula 23hb. Februari 2021. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1hb. April 2021.
A) Syarat Penyertaan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh 23hb. Februari 2021.  Kakitangan Ibu Pejabat UMNO tidak dibenarkan untuk menyertai.
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak bahan menggunakan borang  penyertaan yang disediakan. Satu penyertaan satu borang. Borang dan syarat penyertaan boleh didapati daripada laman web : www.umno-online.my.
3. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
4. Bahan penyertaan boleh dalam bentuk sama ada sajak atau pantun atau syair.
5. Sajak atau pantun atau syair dalam bentuk teks yang dihantar hendaklah sepanjang 36 – 40 baris dalam tulisan font Arial 12.
6. Bahan penyertaan hendaklah tulen dan bukan diciplak dari mana-mana pihak.
7. Setiap  penyertaan perlu disertakan tajuk. Bahasa yang digunakan hendaklah Bahasa Melayu.
8. Bahan penyertaan hendaklah berkisar kepada Perjuangan UMNO selama 75 tahun membangunkan tanah air, jasa UMNO kepada negara dan rakyat,  serta peranan pimpinan UMNO memajukan  taraf hidup rakyat dan negara.
9. Bahan yang mempunyai pengisian mengandungi nilai sejarah, keaslian, daya kreativiti, inovasi serta kandungan menarik mempunyai kelebihan dalam pertandingan ini.
10. Pastikan setiap penyertaan memelihara dan menghormati institusi Raja-Raja Melayu, tidak menyentuh sensitiviti kaum,  agama, budaya serta   keharmonian perpaduan. Bahan penyertaan juga hendaklah dipastikan tidak mengandungi elemen lucah, mempersenda pemimpin negara, provokatif, subversif, memfitnah, menghasut yang dianggap menyalahi perundangan Persekutuan.
11. Bahan penyertaan mestilah tidak melanggar undang-undang Malaysia dari segi Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 dan Perlembagaan Persekutuan.
12. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang oleh peserta.
B) Penghantaran bahan
1. Setiap bahan digalakkan dihantar secara atas talian melalui  QR Code yang disediakan menerusi laman web rasmi di www.umno-online.my atau ke email [email protected] atau [email protected]. Tarikh akhir penghantaran pada 12.00 tengah malam, 1hb. April 2021.
2. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan pada bahan.
C) Hakmilik bahan
1. Bahan-bahan yang telah dihantar akan menjadi hakmilik penganjur.
2. Peserta hendaklah bersetuju bahawa karya penyertaan mereka akan menjadi hak milik penganjur dan mereka tidak mempunyai apa-apa keabsahan undang-undang (locus standi) bagi mengambil tindakan di bawah undang-undang Malaysia.
3. Peserta hendaklah bersetuju bahawa penganjur bebas menggunakan bahan berkenaan tanpa perlu menghadapi apa jua tuntutan undang-undang hakmilik atau hakcipta daripada peserta atau pihak yang memproses atau menghasilkan video berkenaan. Ini selaras dengan undang-undang hakmilik cipta di negara ini.
D) Pengadilan & Hadiah
1. Bahan-bahan penyertaan akan diadili oleh satu pasukan juri bertauliah yang terdiri daripada profesional dan kepimpinan penganjur.
2. Hadiah Pertama  :  wang tunai RM4,000.00, sijil dan plak
    Hadiah Kedua     :  wang tunai RM3,000.00, sijil dan plak
    Hadiah Ketiga     :  wang tunai RM2,000.00, sijil dan plak
    10 Saguhati        :  wang tunai RM600.00, sijil dan plak (setiap satu)
3. Keputusan juri adalah muktamad.
4. Nama-nama pemenang akan diumumkan melalui laman web UMNO Online. Pemenang akan diberitahu menerusi email yang diberikan oleh  peserta. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Presiden UMNO pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Diterbitkan oleh :
Sekretariat Jubli Intan UMNO 75 tahun,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Tel : 03-40429511
Whatsapp pertanyaan Penulisan Puisi  : Wan Muazzam   : 013-370 4139
Klik Di Sini Borang Atas Talian : BORANG ATAS TALIAN 
Untuk Muatturun Borang (bagi penghantaran e-Mel) : BORANG SAYEMBARA PENULISAN PUISI