Sayembara Video Pendek

JUBLI INTAN UMNO, JASA DAN PERJUANGAN

1. Ibu Pejabat UMNO menjemput rakyat Malaysia bagi menghantar penyertaan video pendek sempena sambutan Jubli Intan Ulangtahun ke-75 Penubuhan UMNO yang akan disambut pada 11hb. Mei 2021.

2. Tema pertandingan ini ialah Jubli Intan UMNO, Jasa Dan Perjuangan.

3. Tarikh penyertaan ialah bermula 23hb. Februari 2021. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10hb. April 2021.

A) Syarat Penyertaan :

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh 23hb. Februari 2021. Kakitangan Ibu Pejabat UMNO tidak dibenarkan untuk menyertai.

2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak bahan menggunakan borang penyertaan yang disediakan. Satu penyertaan satu borang. Borang dan syarat penyertaan boleh didapati daripada laman web : www.umno-online.my.

3. Penyertaan berkumpulan dibenarkan.

4. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

5. Bahan penyertaan hendaklah berbentuk video pendek durasi maksima 240 saat (running time). Durasi minima ialah 120 saat. Ia mesti mempunyai resolusi : 1920 x 1080p dan Format : MP4/AVI.

6. Bahan penyertaan hendaklah tulen dan bukan diciplak dari mana-mana pihak. Peserta boleh menghantar bahan video dalam bentuk video live, animasi, motion graphic, montaj, screencast (bersuara latar) ataupun apa jua gabungan daripada teknik teknik video seperti yang dinyatakan.

7. Setiap video penyertaan perlu disertakan tajuk. Bahasa yang digunakan hendaklah Bahasa Melayu.

8. Bahan penyertaan hendaklah berkisar kepada Perjuangan UMNO selama 75 tahun membangunkan tanah air, jasa UMNO kepada negara dan rakyat, serta peranan pimpinan UMNO memajukan taraf hidup rakyat dan negara.

9. Bahan yang mempunyai pengisian nilai sejarah, keaslian, daya kreativiti, inovasi serta kandungan menarik mempunyai kelebihan dalam pertandingan ini.

10. Pastikan setiap penyertaan memelihara dan menghormati institusi Raja-Raja Melayu, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, budaya serta keharmonian perpaduan. Bahan penyertaan juga hendaklah dipastikan tidak mengandungi elemen lucah, mempersenda pemimpin negara, provokatif, subversif, memfitnah, menghasut yang dianggap menyalahi perundangan Persekutuan.

11. Bahan penyertaan mestilah tidak melanggar undang-undang Malaysia dari segi Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 dan Perlembagaan Persekutuan.

12. Pastikan setiap lagu, muzik latar, bahan kandungan dalam video tidak melanggar hakcipta yang dimiliki oleh mana-mana individu, agensi atau pihak berkuasa, termasuk di negara lain.

13. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang oleh peserta.

B) Penghantaran Bahan

1. Setiap bahan digalakkan dihantar secara atas talian melalui QR Code yang disediakan menerusi laman web rasmi di www.umno-online.my atau ke email [email protected] atau [email protected]. Tarikh akhir penghantaran pada 12.00 tengah malam, 10hb. April 2021.

2. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan pada bahan penyertaan peserta.

C) Hakmilik Bahan

1. Bahan-bahan yang telah dihantar akan menjadi hakmilik penganjur.

2. Peserta hendaklah bersetuju bahawa karya penyertaan mereka akan menjadi hak milik penganjur dan mereka tidak mempunyai apa-apa keabsahan undang-undang (locus standi) bagi mengambil tindakan di bawah undang-undang Malaysia.

3. Peserta hendaklah bersetuju bahawa penganjur bebas menggunakan bahan berkenaan tanpa perlu menghadapi apa jua tuntutan undang-undang hakmilik atau hakcipta daripada peserta atau pihak yang memproses atau menghasilkan video berkenaan. Ini selaras dengan undang-undang hakmilik cipta di negara ini.

D) Pengadilan & Hadiah

1. Bahan-bahan penyertaan akan diadili oleh satu pasukan juri bertauliah yang terdiri daripada profesional dan kepimpinan penganjur.

2. Hadiah Pertama : wang tunai RM7,500.00, sijil dan plak
Hadiah Kedua    : wang tunai RM5,000.00, sijil dan plak
Hadiah Ketiga    : wang tunai RM3,000.00, sijil dan plak
15 Saguhati        : wang tunai RM750.00, sijil dan plak (setiap satu)

3. Keputusan juri adalah muktamad.

4. Nama-nama pemenang akan diumumkan melalui laman web UMNO Online. Pemenang akan diberitahu menerusi email yang diberikan oleh peserta. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Presiden UMNO pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Diterbitkan oleh :
Sekretariat Jubli Intan UMNO 75 tahun,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Tel : 03-40429511
Whatsapp pertanyaan Video Pendek : En. Shafie : 013-370 4032

Klik Di Sini Borang Atas Talian : BORANG ATAS TALIAN 
Untuk Muatturun Borang (bagi penghantarn e-Mel) : BORANG SAYEMBARA VIDEO PENDEK