Silap Lapor PAU: Media Pencerap Kebenaran, Bukan Pencetus Kekeliruan

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ketua Penerangan UMNO Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berpandangan bahawa media sepatutnya menjadi pencerap kebenaran, bukan pencetus kekeliruan. Ini kerana katanya, satu laporan yang silap boleh tersebar luas dalam sekelip mata dalam era digital, sekaligus meninggalkan kesan yang tidak mudah dipadam. “Dalam dunia kewartawanan, permohonan maaf tidak boleh dijadikan pengganti kepada ketepatan. Lebih-lebih lagi […]

» Read more

Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah

ALOR SETAR, 19 Jan – UMNO Kedah menegaskan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan kepimpinan Pas Kedah sebenarnya tidak perlu terlalu gelisah atau defensif terhadap sebarang sasaran politik yang diletakkan oleh UMNO Kedah. Ketua Penerangan UMNO Negeri UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata reaksi berlebihan yang ditunjukkan hanya mengesahkan satu perkara, wujud kegusaran […]

» Read more

​PAU 2025: UMNO Sri Gading Tekad Perkasa Perpaduan, Fokus Menangi Hati Rakyat — Najib

​KUALA LUMPUR 19 Jan –  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Najib Samuri menyeru seluruh jentera parti di peringkat akar umbi agar segera menterjemahkan amanat Ucapan Dasar Presiden kepada gerak kerja nyata bagi memastikan UMNO kekal relevan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). ​Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani menegaskan bahawa PAU 2025 kali ini […]

» Read more

UMNO Kekal Nadi Kestabilan Politik Malaysia – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kehadiran para perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini membuktikan komitmen tinggi ahli parti yang tampil dengan pelbagai saranan, idea serta kritikan membina. Menurut beliau, perhimpunan berkenaan menjadi lebih bermakna apabila diserlahkan dengan ucapan dasar Presiden UMNO yang memberi hala tuju jelas kepada parti. Beliau berkata, […]

» Read more

Kerajaan Perlu Tambah Baik Kebajikan Pelajar Di Luar Negara – Wakil KULN

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Wakil Kelab UMNO Luar Negara Said Mubarak Said Ahmad menyeru kerajaan menambah baik kebajikan pelajar di luar negara terutama kepada mereka yang tidak mendapat sebarang penajaan kewangan. Menurut Said Mubarak dari Kelab UMNO Mesir, antara yang dicadangkan adalah seperti skim insurans khas dan isu kos penyewaan rumah yang tinggi. “Kami kelab UMNO luar negara mencadangkan […]

» Read more

UMNO Negeri Sembilan Sokong Gagasan ‘Rumah Bangsa’ Untuk Penyatuan Melayu

KUALA LUMPUR, 17 Jan – UMNO Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh terhadap gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebagai agenda penyatuan Melayu demi kestabilan negara dan masa depan politik bangsa. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata gagasan yang diumumkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 itu merupakan satu […]

» Read more

Idea “Rumah Bangsa” Model Politik Baharu Tarik Minat Anak Muda – Tengku Muhammed Hafiz

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO wajar dilihat sebagai satu model politik baharu yang segar, inklusif dan selari dengan realiti generasi muda masa kini, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan. Menurut beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Putrajaya, pendekatan politik yang bersifat nostalgia semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menarik […]

» Read more

Presiden UMNO Realistik, Berani Demi Kukuhkan Perjuangan Parti – Azman Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail berpandangan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 jelas menzahirkan kejujuran politik, keberanian kepimpinan serta realisme dalam mendepani landskap politik semasa yang semakin mencabar. Menurutnya, ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sekadar bertujuan mempertahankan kedudukan, sebaliknya merupakan satu refleksi mendalam terhadap perjalanan UMNO […]

» Read more

Pengundi Bandar Pilih Parti Yang Berani Bersuara Isu Mereka – Tengku Zuhri

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz menyifatkan pengundi bandar kini lebih kritikal dan berfikir secara rasional, dengan keputusan undi banyak dipengaruhi oleh keupayaan parti memahami isu yang dekat dengan kehidupan mereka. Katanya, pendekatan politik berasaskan sentimen semata-mata tidak lagi relevan untuk menambat sokongan pengundi bandar yang semakin berinformasi dan berani […]

» Read more

Tiga Realiti Politik

UCAPAN YAB DS Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bertemakan “3 Tahun Menggalas Amanah Kenegaraan” disampaikan dengan jelas, tegas dan bersifat ke hadapan. Ucapan ini menegaskan bahawa UMNO kini berdepan tiga realiti politik utama yang tidak lagi boleh dielakkan atau dinafikan. Apabila ketiga-tiga realiti ini dibaca secara menyeluruh, ia membawa kepada satu kesimpulan strategik yang tuntas: UMNO dan Barisan Nasional […]

» Read more
1 55 56 57 58 59 413