Selepas Lebih 100 Hari, Enam Isu Jejas Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari banyak yang gagal dilaksana.

Selain memungkiri janji, PH juga melakukan banyak tindakan kontroversi yang menunjukkan kelemahan, sikap tidak peduli dan dwistandard dalam menghukum.

PH masih boleh terselamat daripada banyak akibat kesilapan dan tindakan sengaja yang menyalahi moral dan etika kerana tidak dinilai sekeras penilaian terhadap Barisan Nasional dulu.

Pentaksub yang ramai di media sosial juga membantu PH dengan mewajarkan dan memberi alasan atas setiap kesilapan.

PH bagaimanapun sudah melakukan banyak perkara yang menjejaskan kredibilitinya sebagai kerajaan yang mengaku bersih dan mahu membersihkan negara.

Enam isu terbaru ini telah memburukkan lagi nama PH, menyebabkannya semakin hilang kepercayaan.

1. Kes Lim Guan Eng digugurkan

Penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, pengaruh politik dalam perundangan ialah antara persoalan yang timbul. Tanpa sebarang jawapan meyakinkan, semua dakwaan itu dianggap benar oleh orang ramai.

2. Pelaksanaan SST

Cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan dalam keadaan kelam kabut dan ramai marah apabila perkhidmatan yang tidak dikenakan GST dikenakan pula SST.

3. Kontrak “kroni”

Timbul persoalan besar apabila syarikat yang ada kepentingan keluarga perdana menteri mendapat kontrak sejurus selepas PRU14. Kontrak diperolehi Petron menambahkan lagi kecaman.

4. Wakil khas ke China

Wakil DAP dan Kementerian Luar memberi jawapan berbeza tentang pelantikan pengerusi DAP sebagai wakil khas Malaysia ke China. Walaupun berjanji ahli politik tidak akan dilantik ke jawatan seperti itu.

5. Penipuan Tabung Harapan

Perdana menteri akhirnya mengaku Tabung Harapan bukan untuk membayar hutang negara dan akan dihentikan. Selepas menakutkan rakyat dan meminta duit, PH akhirnya mengakui gimik itu.

6. Melayu dipinggirkan

Hanya habuan kepada kaum Cina ditunaikan sejak awal, daripada UEC, pengecualian SST terhadap bahan binaan, janji bantuan kepada sekolah persendirian Cina dan lain-lain.  –

Mynewshub.tv

Komen Anda?


2 months ago