Wakil Perak Cadang Tiga Langkah Untuk Kembali Pulihkan UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Wakil Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mencadangkan tiga langkah yang boleh diambil bersama oleh parti dalam usaha memulihkan UMNO hari ini. Langkah tersebut ialah ‘to un-learn’ iaitu keluarkan tabiat-tabiat tidak baik dari diri kita, ‘to learn’ dengan belajar menyesuaikan diri dengan landskap baru dan ketiga ialah ‘to re-learn’ yang mempelajari semula perkara […]

» Read more

Turun Ke Bawah Perjelas Hala Tuju Parti, Perkasa Saluran Media Alternatif – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Wakil Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO harus segera memulihkan parti dan pemimpin parti perlu menunjukkan contoh yang baik selain memperkasakan saluran media alternatif dan gerakan media sosial parti untuk menyampaikan mesej yang sahih kepada rakyat. Jelas beliau, Presiden dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga perlu segera turun ke bawah untuk menjelaskan […]

» Read more

UMNO Akan Bertindak Hentikan Segera Pencabulan Prinsip ‘Rule of Law’

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya menegaskan UMNO akan memastikan tindakan yang melanggar Rule of Law mesti dihentikan. Justeru beliau berlata setiap wakil rakyat UMNO sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah berperanan lebih berkesan untuk menyekat gejala ini. “Hari ini, campur tangan eksekutif begitu mencengkam badan kehakiman. Penghakisan dan pencabulan […]

» Read more

PAU 2018: UMNO Bangkit – Ucapan Dasar Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka malam ini. Berikut teks ucapan penuh: TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS. ASSALAMMUALAIKUM WBT. SALUTASI SEGALA PUJI TERHADAP ALLAH SWT PEMILIK SEMESTA ALAM. SALAM DAN SELAWAT TERHADAP JUNJUNGAN BAGINDA RASULULLAH SAW. YBHG TAN SRI BADRUDDIN BIN […]

» Read more

Pemutihan Parti Perlu Dilakukan Segera Agar Tiada Lagi Duri Dalam Daging… Api Dalam Sekam – Perwakilan Puteri

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wakil pembahas negeri Perak, Nordiana Suhaileen Mohd Azmi mencadangkan agar pemutihan ahli UMNO dilakukan dengan kadar segera agar tiada lagi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’ seperti yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Jelas beliau, UMNO tidak boleh lagi mengharapkan rekod tiga juta ahli yang ada sekarang ini kerana ianya sudah pasti berubah dengan senario […]

» Read more

Kepimpinan UMNO Jangan ‘Apologetic’ Dalam Berbicara Soal Hak Islam, Bangsa – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa  pejuang-pejuang UMNO tidak perlu apologetic atau merasa bersalah dalam membicarakan soal-soal yang berkaitan Islam dan bangsa,  biarpun ada pihak-pihak tertentu yang cuba melabelkan UMNO sebagai sebuah parti rasis apabila berbicara tentang dua soal tersebut. Katanya hari ini, semakin banyak suara-suara sumbang yang meremehkan perjuangan […]

» Read more

Cadangan Had Umur Mengundi Kepada 18 Tahun Perlu Diberi Tumpuan – Wakil Pemuda Selangor

  KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wakil Pembahas Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail mencadangkan agar pergerakan itu mengambil tumpuan terhadap cadangan had umur untuk mengundi yang akan diturunkan kepada 18 tahun. Menurut beliau langkah mendepani soal berkenaan perlu disegerakan agar parti terus relevan dan demi masa depan UMNO khususnya menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Saya sebutkan tadi, UMNO perlu […]

» Read more

Pemuda UMNO Tegaskan Tidak Berkompromi Dengan Kecelaruan ‘Malaysia Baharu’ PH

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuku menegaskan bahawa UMNO tidak sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk idealogi era pasca-moden yang mula berani menjelma di bawah pemerintahan baru Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, hakikatnya, Pemuda UMNO merasakan bahawa era ‘Malaysia Baharu’ kini diselaputi dengan pelbagai kecelaruan. “Kecelaruan dari segi politik dan pentadbiran, kecelaruan […]

» Read more

Sudah-Sudahlah Salahkan Kerajaan Terdahulu – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Sudah-sudahlah menyalahkan kerajaan terdahulu dan menjadi kerajaan yang flip-flop, bidas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, sebagai pembangkang yang berwibawa, kita wajib mendesak Kerajaan PH memikul tanggungjawab serta akauntabiliti terhadap setiap tindakan mereka. “Memang benar, Manifesto 10 Janji 100 Hari bukanlah kitab suci, tetapi, setiap janji perlu […]

» Read more

Akar Umbi Tonggak Utama Untuk UMNO Atur Langkah Kembali Kukuh

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap, selepas Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018), akar umbi akan mengatur langkah yang panjang dari segi gerak kerja bagi mengukuhkan UMNO di setiap bahagian masing-masing. Jelas beliau, ini penting kerana untuk merampas kembali kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), akar umbilah yang perlu memainkan peranan. “Saya percaya […]

» Read more
1 399 400 401 402 403 412