Terima Kasih PAS – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 18 Feb. – UMNO mengucapkan terima kasih kepada Pas berhubung kenyataan rasminya untuk terus membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Pendirian tersebut telah menggagalkan usaha Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa cuba mencetuskan kesangsian terhadap kerjasama UMNO-Pas yang ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat […]

» Read more

Dasar PH Tidak Realistik, Pemimpin Diseliputi Isu Integriti… Jangan Salahkan Rakyat – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 18 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin amat berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat dan menerima dengan terbuka bahawa mentaliti menyalahkan orang lain masih menebal, malah semakin teruk di kalangan kabinet kerajaan. Bidasnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi bersikap segala-galanya salah orang lain. “Sedangkan sangat jelas, selepas sembilan bulan pentadbiran PH, […]

» Read more

PRK Semenyih: Terima Kasih Muslimat Pas Sedia Kempen Untuk Kemenangan BN – Noraini

SEMENYIH, 16 Feb – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Muslimat Pas yang terus menyokong dan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Ujar beliau, kerjasama antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini jelas dapat dilihat semakin utuh. “Wanita telah pun menjalankan […]

» Read more

Tipu PhD: Ini Pun Rakyat Sudah Boleh Menilai

SEMENYIH, 16 Feb – “Ini soal integriti… itu pun rakyat sudah boleh tahu,” ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata demikian mengulas calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang terpalit isu penipuan kelulusan PhD yang didapati berlainan dari yang didakwa di halaman Linkedin.com. “Kalau soal itu pun (kelulusan) mereka […]

» Read more

Pembangkang Harus Kuat Untuk Pastikan Kerajaan Tunai Janji

SEMENYIH, 16 Feb – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berbeza nada hari ini setelah mendapat kuasa. Jelas beliau, jika sebelum ini ketika menjadi pembangkang mereka sering memperkatakan bahawa kerajaan tidak memerlukan kuasa dua per tiga untuk memerintah tetapi kini ternyata seboleh-bolehnya mereka mahukan majoriti dua per tiga. […]

» Read more

DAP Sudah Menghalalkan Budaya Lompat Parti?

PADANG BESAR 14 Feb. – DAP tidak sepatutnya berdiam diri sebaliknya perlu menyatakan pendirian jelas mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai mereka. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, DAP khususnya, adalah antara yang paling lantang menentang budaya lompat parti dan sehubungan itulah, mereka perlu melakukan sesuatu dalam isu berkenaan. Beliau […]

» Read more

Najib Dah Turun Semenyih, Azmin Sempat Kejar Tak?

“SAYA pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya?” sapa mesra Najib Razak dalam hantaran di Facebooknya. Aura bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menggunakan singkatan nama Najib Razak dalam medium media sosialnya semakin melonjak naik di mata rakyat pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terutama ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) […]

» Read more

Pemuda UMNO Kempen Tolak Kerajaan ‘Malaysia Palsu’ Di PRK DUN Semenyih – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pemuda UMNO akan menggerakkan kempen  menolak ‘Malaysia Palsu’ sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selain menggerakkan pelbagai strategi baru lain sepanjang kempen tersebut dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional (BN). Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan ‘Malaysia Palsu’ hanya memberikan kesan yang buruk kepada rakyat setelah pelbagai janji […]

» Read more

UMNO Perak Desak Penjelasan, Syarikat Modal RM2 Tanpa Pejabat Operasi Dapat Tanah Seribu Ekar

IPOH, 12 Feb – UMNO Perak mendesak kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dengan penjelasan yang telus berhubung isu pemberian tanah hutan seluas seribu ekar kepada syarikat yang bermodalkan RM2. Menurut Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, UMNO Perak memandang serius pendedahan demi pendedahan berhubung pengurusan khazanah hutan di negeri tersebut yang seolah-olah kini menjadi bahan dagangan politik. “Pertama, bagaimana sebuah syarikat yang […]

» Read more

MenHEN Terlebih Makan Limau Mandarin Ke? – Soal Najib

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menempelak Lim Kit Siang yang berterusan menyalahkan rakyat disebabkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) semakin terbongkar. Najib dalam hantaran di Facebooknya mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang ‘dianugerahkan’ Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN) itu yang tetap mempertahankan sikap menipu beberapa […]

» Read more
1 385 386 387 388 389 412