Penipuan Penutup Hidung Dan Mulut: Polis Akan Ambil Tindakan Tegas – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 20 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan melakukan penipuan penjualan penutup hidung dan mulut semasa penularan COVID-19 pada masa ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata modus operandi penipuan tersebut dilakukan melalui media sosial dan juga secara bersemuka. Beliau berkata kerugian akibat penipuan tersebut […]

» Read more

Desak Sidang Parlimen, Pemimpin PH Meroyan Lagi – Fairuz

KUALA LUMPUR, 20 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata pasca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyaksikan watak kedua parti ini begitu kontradik, tidak sebagaimana watak mereka sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan. Katanya, percanggahannya begitu ketara apabila meminta sidang Parlimen diadakan sedangkan pemimpin negara  kini sedang berusaha  melawan penularan COVID-19 yang semakin merebak. “Tolong bertindak rasional! […]

» Read more

Terus Jaga Disiplin, Kita Mampu Putuskan Rantaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 April – Alhamdulillah…hari ini mencatatkan kes baharu harian yang semakin menurun. Perkembangan sangat sihat, demikian ungkapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam hantaran Facebooknya. Jelas beliau kunci keberhasilan ini adalah ketegasan kerajaan, kecekapan perubatan dan disiplin rakyat.  “Betul, masih ada yang degil namun kita serahkan kepada pihak penguatkuasa menguruskannya. “Jika aliran menurun ini […]

» Read more

Beberapa Indikasi Perlu Dilihat Sebelum PKP Ditamatkan – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 17 April – Beberapa indikasi perlu dilihat terlebih dahulu sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata antara faktor yang perlu dikenal pasti untuk menamatkan PKP adalah pengurangan kes positif COVID-19 yang direkodkan, sama ada masih ada kebolehjangkitan virus tersebut. “Bagi penamatan PKP, kita mesti ada ‘exit […]

» Read more

Perlu Penambahbaikan Saluran Bantuan Kepada Rakyat Semasa COVID-19

GEORGE TOWN, 17 April – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor meminta kerajaan negeri untuk membuat beberapa penambahbaikan dalam pemberian bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya hendak fokus di sini tentang isu penjaja kecil yang tidak berlesen dan pengusaha makanan industri kecil-kecilan. Saya melihat mereka paling terkesan dan […]

» Read more

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dipacu Aktiviti Swasta, Domestik

KUALA LUMPUR, 16 April – Ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan pada 2019, didukung oleh kekuatan kemampanan aktiviti sektor swasta domestik meskipun dalam persekitaran luar yang mencabar. Di sebalik senario itu, pasaran modal Malaysia terus memainkan peranan penting membiayai ekonomi domestik dengan peningkatan ketara dalam aktiviti pengumpulan dana yang merentasi semua segmen pasaran, demikian menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerusi Laporan […]

» Read more

PKP Fasa 3: Rakyat Mesti Ambil Serius, Lebih Berdisiplin

KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk mengharunginya. Menurutnya, fasa sebelum ini yang telah ditempuh selama empat minggu sewajarnya menjadikan masyarakat lebih mematuhinya. “Namun persoalannya… apakah selama empat minggu ini, seluruh rakyat Malaysia mengambil serius dan berdisiplin dalam mematuhi arahan […]

» Read more

Lanjutan PKP Bergantung Pada Nasihat KKM – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 15 April – Keputusan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai pelanjutan PKP sehingga Jun merupakan pandangan peribadi beliau. Ini berdasarkan laporan polis yang menunjukkan tahap ketidakpatuhan […]

» Read more

PKP: Tiada Lagi Kompaun, Terus Ke Mahkamah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 April – Esok bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan mulai esok juga sesiapa yang masih ingkar PKP akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah. Tumpuan kini tidak lagi pada kompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP, sebaliknya mereka yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman yang lebih berat, termasuk dipenjara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk […]

» Read more

Tangguh Solat Jumaat, Solat Berjemaah Dan Ceramah Di Masjid Sehingga 31 Mei – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 13 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan, agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau dan musollah, di negeri ini ditangguhkan sehingga 31 Mei, bagi mengekang penularan COVID-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, jika wabak COVID-19 dapat diatasi dan dibendung lebih awal, […]

» Read more
1 315 316 317 318 319 413