17 Kes Positif COVID- 19 Hari Ini, Kedua Terendah Sejak PKP – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 16 Mei – Sebanyak 17 kes positif COVID-19 dicatat hari ini, yang merupakan angka kedua terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 11 merupakan penularan tempatan yang melibatkan lima warga asing. […]

» Read more

UMNO 74: Diuji Pelbagai Bentuk, Teruskan Khidmat Demi Agama, Bangsa, Negara

  KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ulang tahun UMNO yang ke-74 tahun kali ini cukup memberi makna yang tersendiri bagi pemimpin dan juga pendokong UMNO di seluruh negara. Ini kerana walaupun UMNO telah diuji dengan berbagai-bagai perkara selama mengemudi negara bersama rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional (BN), dan kemudiannya bergelar pembangkang selama 22 bulan, namun pada tahun ini ia cukup […]

» Read more

Perluaskan Pemberian BPN, Pertimbangan Sewajarnya Terhadap Rayuan – Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap semua rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang munasabah agar ianya dapat membantu golongan berkenaan. Menurut beliau hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan BPN yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sikap kerajaan yang mendengar […]

» Read more

KDNK Suku Pertama 2020 Malaysia Berkembang Sederhana Susulan COVID-19, PKP

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu 0.7 peratus bagi suku pertama 2020 berbanding dengan 4.5 peratus semasa suku yang sama tahun lepas, susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah terjejas berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bank Negara Malaysia (BNM) berkata selepas mencatatkan pengembangan stabil pada dua bulan pertama […]

» Read more

Jangan Hilang Jati Diri, Perjuangan UMNO Bukan Untuk Kepentingan Peribadi – Raime

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi merasa kecewa dan sedih melihat bekas pemimpin UMNO negeri itu yang sudah hilang jati diri kerana mengejar kepentingan peribadi apabila parti tidak lagi berkuasa. Mereka itu ujarnya satu ketika dahulu begitu sanggup melaungkan parti keramat UMNO di depan orang ramai seperti di kampung–kampung, tetapi akhirnya menjadi orang pertama […]

» Read more

Pelbagai Krisis, Cabaran Ditempuhi… UMNO Sabah Tetap Kukuh – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 13 Mei  – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO negeri telah melalui pelbagai krisis, dugaan, cabaran dan rintangan. Katanya, cabaran dan rintangan itu yang membuatkan UMNO Sabah semakin kuat dan kukuh serta hala tuju yang cukup jelas untuk menyakinkan rakyat. “UMNO Sabah telah melalui berbagai-bagai krisis, dugaan,  cabaran, rintangan dan juga halangan… lebih-lebih lagi […]

» Read more

15 Mei Tarikh Akhir Permohonan Geran Khas Prihatin

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah pada 15 Mei 2020. Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP […]

» Read more

SPRM Digesa Siasat Kerajaan Sabah – Ghazalie

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat empat projek penyelenggaraan jalan raya di negeri ini bernilai RM1.55 bilion yang dipercayai dianugerahkan terus kepada empat syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony. Katanya, nilai kontrak yang terlalu besar iaitu antara RM325 juta sehingga RM500 […]

» Read more

Langkah Cegah Penularan COVID-19 Perlu Seiimbang Elak Darurat Ekonomi – Sultan Nazrin

IPOH, 12 Mei – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah meskipun usaha membendung penularan wabak COVID-19 secepat mungkin merupakan agenda paling utama, namun langkah-langkah pencegahan perlu seimbang bagi mengelakkan darurat ekonomi yang sukar dipulihkan kelak. Baginda bertitah dunia terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada COVID-19 berikutan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 12 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini. 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebuah kedai runcit milik warga asing di Hartamas beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei lalu seperti yang tular di […]

» Read more
1 311 312 313 314 315 413