TNB Tidak Kenakan Caj Berlebihan Pada Bil Semasa PKP

PUTRAJAYA, 2 Jun – Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mengenakan caj berlebihan kepada pengguna bagi pengiraan bil anggaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pemberhentian semua aktiviti bacaan meter mulai 20 Mac hingga 14 Mei. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihak TNB ketika mengadakan pertemuan dengannya hari ini menjelaskan mengenai kaedah pengiraan bil […]

» Read more

Pemandu Mabuk Tak Boleh Dipandang Remeh, Tindakan Holistik Perlu Dibuat

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata dalam senario rakyat Malaysia sedang berusaha gigih untuk memutuskan rantaian halimunan dan menangani pandemik COVID-19, isu pemandu mabuk tidak boleh dipandang remeh kerana ia sudah mula mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati di hati rakyat. Menurut beliau saban hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang melibatkan […]

» Read more

Arak Punca Tragedi Yang Tragis, Jangan Ada Lagi Jadi Mangsa – Rais Yasin

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Rais Yasin merasa sedih ekoran tragedi yang menimpa rakyat akibat pemandu mabuk. Katanya, hari demi hari, semakin pilu hati ini tatkala membaca berita tentang kematian rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas kemalangan gara-gara dilanggar pemandu mabuk. “Jumlah angka tragedi yang tragis semakin memuncak. Apakah mereka tidak takut dengan hukuman yang bakal […]

» Read more

Wanita UMNO Sokong Kajian Semula Akta Pengangkutan Jalan

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk membuat kajian semula terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya Seksyen 41 hingga 45 mengenai hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau memandu secara melulu dan merbahaya. Jelas beliau, ini perlu bagi membendung isu pemandu mabuk yang […]

» Read more

COVID-19: Tiada Kematian Sepuluh Hari Berturut-Turut, 51 Kes Pulih – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 1 Jun – Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia bagi tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas, dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.46 peratus). Memaklumkan perkembangan terkini kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan penurunan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya enam kes baharu melibatkan kes dalam kalangan […]

» Read more

Bekukan Pengeluaran Lesen Baharu Penjualan Arak, Cadang Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Beliau berkata lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. “Dengan berlakunya […]

» Read more

Penangguhan Solat Orang Awam Di Masjid, Surau Di Selangor Dilanjutkan Sehingga 30 Jun

SHAH ALAM, 1 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat dan solat lima waktu untuk orang awam di masjid serta surau di Selangor dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah bahawa dalam tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat masih hanya dibenarkan dilakukan […]

» Read more

Bekas Pesakit COVID-19 Kongsi Pengalaman, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Terasa kematian begitu hampir! Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu. Lebih memilukan, Aiza Syafinaz Shahak, 34, disahkan positif COVID-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang sama pada 17 Mac lepas. Meskipun kini telah bebas […]

» Read more

COVID-19 : Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir – Noor Hisham

PUTRAJAYA, 30 Mei – Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 […]

» Read more

Mahathir… Apa Lagi Yang Tak Cukup? – Razlan

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Mahathir… apa lagi yang tak cukup?”. Itu persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Mohd Razlan Rafii kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jelas beliau, tindakan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang berhasrat menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di […]

» Read more
1 309 310 311 312 313 413