LCS: Mindef Kemuka Tuntutan LAD RM180 Juta Kepada Boustead Naval Shipyard

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kementerian Pertahanan telah mengemukakan notis Tuntutan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) berjumlah RM180 juta kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) berikutan kelewatan pembekalan kapal tempur pesisir pantai (LCS). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan selepas kementerian menjalankan siasatan terhadap BNS berhubung isu tersebut. “Pihak kementerian telah melaksanakan siasatan melalui […]

» Read more

Penghijauan Malaysia: Kempen Lima Tahun Tanam 100 Juta Pokok Mula Tahun Depan

PUTRAJAYA, 22 Dis – Malaysia mengerakkan usaha penghijauan negara melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan selama lima tahun bermula tahun depan sehingga 2025. Diterajui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan jabatan perhutanan negeri, kempen itu melibatkan usaha menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama kerajaan menanam pokok bagi mencapai sasaran itu. Menteri Tenaga dan Sumber […]

» Read more

Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 Dilancar Januari Depan

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 dijangka dilancarkan pada awal Januari 2021, bagi memperkasakan pembangunan industri mineral negara yang nilainya ketika ini dianggarkan berjumlah RM4.11 trilion. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelan itu juga satu lonjakan baharu ke arah menjadikan industri mineral sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar […]

» Read more

Banjir Di Pantai Timur Makin Buruk, Jumlah Mangsa Kini Melebihi 9,000

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini melebihi 9,000 orang melibatkan lebih 3,000 keluarga. Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 7,780 orang daripada 1,822 keluarga setakat 8 pagi berbanding 7,403 orang daripada 1,786 keluarga pada 4 petang semalam. […]

» Read more

Banjir T’ganu, Kelantan Makin Buruk, Jumlah Mangsa Naik Kepada 7,000

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk  dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8.00 pagi ini meningkat kepada 7,308 berbanding 6,627 petang semalam. Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 6,305 orang daripada 1,663 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini berbanding 5,776 orang (1,478 keluarga) pada pukul 4.00 petang semalam, yang membawa […]

» Read more

Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarhamah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini. Mereka hadir sejak awal pagi sebelum dibenarkan masuk pada 9‬ pagi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk perlu mengisi butiran lengkap dan semakan suhu badan. Bagi […]

» Read more

Wakil Rakyat Minta Prabakaran Di Rujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Beberapa wakil rakyat kerajaan hari ini meminta Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa melanggar perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) apabila menghadiri sesi perbahasan dan pengundian di Dewan Rakyat, Khamis lalu. Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata tindakan Prabakaran itu tidak seharusnya diambil mudah kerana ia […]

» Read more

MKN, KKM Diminta Lebih Prihatin Fahami Beban Kos Hidup Rakyat Sabah – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kerajaan diminta untuk lebih prihatin dan memahami kesan yang dihadapi oleh rakyat Sabah dalam berdepan dengan beban kos sara hidup rakyat negeri berkenaan dari Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, rakyat Sabah terpaksa menghadapi isu tentang balik ke Sabah memandangkan kos semakin meningkat dan mahal. […]

» Read more

Pampasan Air : ‘Pengorbanan’ Negeri Lain Juga Perlu Diambil Kira – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Saranan Kementerian Alam Sekitar dan Air supaya kerajaan Pulau Pinang menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kedah selepas kerajaan negeri itu berkorban untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda di negeri itu adalah saranan yang baik. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata cuma apa yang […]

» Read more

Survival Parti Berkait Rapat Permintaan Politik Semasa – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata permintaan politik pada hari ini adalah berkenaan isu-isu sejagat yang lebih universal seperti keadilan, ketelusan, tadbir urus yang cekap dan kepentingan awam berbanding politik lama yang telah ditolak oleh golongan muda. Jelas beliau, golongan muda merupakan penentu ‘survival’ sesebuah parti dan sehubungan itu parti […]

» Read more
1 286 287 288 289 290 413