i-Sinar Atau i-Kecewa? Mana Janji Untuk Permudahkan Urusan Rakyat?

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Pemuda UMNO mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tampil segera bagi memberi penjelasan mengenai isu ramai yang mendakwa bahawa permohonan mereka melalui i-Sinar ditolak, hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan mereka ditolak KWSP. “Mana janji KWSP dan Kerajaan bagi […]

» Read more

Mangsa Banjir Di Pahang, Terengganu Terus Meningkat, Johor Pula Menurun

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Keadaan banjir di Pantai Timur melibatkan Pahang dan Terengganu semakin buruk malam ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), dilaporkan meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan sedikit berbanding petang tadi. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat malam ini kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga berbanding 3,273 orang daripada 902 […]

» Read more

KKM Jangka Trend Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat

KOTA TINGGI, 2 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka kes positif COVID-19 mengalami trend peningkatan berikutan lebih banyak aktiviti pengesanan akan dilakukan selepas kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri menjalani ujian saringan bermula semalam. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ujian saringan pekerja asing membabitkan 800,000 orang meliputi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang […]

» Read more

PPBM Mesti Hentikan Segera ‘Curi’ Dan ‘Beli’ Ahli UMNO Jika Mahu Selamatkan Kerjasama

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian dan mendesak dihentikan segera sebarang usaha untuk bersaing mencuri dan membeli ahli antara satu sama lain jika masih ingin melihat kerjasama UMNO dan PPBM dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini diselamatkan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika suasana hubungan UMNO-PPBM di akar umbi semakin panas dan getir lantaran […]

» Read more

Perang COVID-19 Belum Tamat, Kian Sengit – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 31 Dis – Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan. “Peperangan masih […]

» Read more

Kartel Daging Haram Cerminan Kerosakan Sistem, Tindakan Drastik Perlu Disegerakan – Zahida

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berpendapat isu daging kartel haram hanya mencerminkan kerosakan yang lebih mendalam di dalam sistem kerajaan sedia ada dan satu tindakan yang drastik harus dilakukan. Soalnya, mengapa kerajaan masih membisu walaupun perkara itu telah berlarutan hampir sebulan dan jika itulah tindakan kerajaan, beliau yakin Malaysia akan terus […]

» Read more

Dewan Negara Bahas Usul Isu Kartel Daging Haram

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Dewan Negara hari ini membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(1) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama Menurut beliau, bagi membolehkan perkara itu […]

» Read more

Isu Pekebun Di Raub Tidak Jejaskan Pengeluaran Durian – Ahmad

MELAKA, 27 Dis – Isu pekebun durian di Raub, Pahang tidak akan menjejaskan pengeluaran dan penghasilan raja buah itu terutamanya jenis Musang King bagi pasaran dan eksport ke luar negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah. Beliau berkata ia berikutan terdapat beberapa ladang lain di negara ini menanam durian Musang King dan mampu menampung […]

» Read more

Tahniah Kerajaan Pahang, Tegas & Bijaksana Tangani Isu Tanah Haram Raub

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan mengenepikan semua hujahan yang dibuat oleh pihak penceroboh tanah haram di Raub sehingga memungkinkan keputusan mahkamah menolak semakan penghakiman yang dibuat pihak penceroboh. Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi […]

» Read more

Isu Tanah Haram Raub: Kebenaran Terbukti, Beri Kepercayaan Penuh Kepada Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah atas keputusan mahkamah yang menolak permohonan semakan penghakiman oleh sekumpulan penceroboh tanah haram di Raub terhadap notis pengusiran yang telah dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini. Ketuanya, Mohd Farid Mohd Noor juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzilla […]

» Read more
1 285 286 287 288 289 413