Kurangnya Kemahuan Politik Tangani Penderitaan Palestin Tidak Lagi Boleh Dijadikan Alasan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketika semakin banyak rumah dirobohkan, jumlah kematian semakin meningkat serta penduduk Palestin kian menderita, ‘kekurangan kemahuan politik’ tidak lagi boleh jadikan alasan membiarkan kekejaman Israel berterusan. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jelas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas rakyat Palestin perlu dihentikan, kekebalan Israel yang terus melakukan kekejaman dahsyat perlu ditamatkan dan Israel […]

» Read more

Terima Kasih Guru… Dedikasi Mendidik Anak Bangsa – Khaled

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengajak rakyat Malaysia untuk mengiktiraf jasa dan dedikasi para guru dalam mendidik anak bangsa. Katanya, tanpa tunjuk ajar daripada guru-guru yang komited nescaya anak-anak akan jadi kalangan yang tidak berilmu dan tidak akan menjadi generasi yang lebih baik. “Selamat […]

» Read more

Kecam Dan Kutukan Israel Tidak Memadai… Senaraikan Mereka Sebagai Rejim Apartheid – Khaled

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan kecaman dan kutukan kepada Israel semata-mata tidak memadai dalam menghentikan mereka daripada terus menzalimi umat Islam di Gaza. Katanya langkah yang lebih berani seperti mengisytiharkan secara rasmi Israel sebagai negara apartheid harus dilakukan kerajaan. “Kini, kita mesti mengambil langkah yang lebih tegas dan radikal dengan mengisytiharkan […]

» Read more

Usaha Diplomatik Dan Kemanusiaan Mesti Ditingkatkan Demi Palestin – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan Malaysia agar mengadakan kerjasama dengan beberapa negara Islam bagi menganjurkan sidang khas dan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan krisis Palestin-Israel. Katanya, ini kerana Malaysia telah lama menjadi pendokong perjuangan kedaulatan  Palestin oleh itu sokongan ini mesti diterjemahkan dengan usaha diplomatik yang berganda, serius dan […]

» Read more

Aplikasi Ulang Tahun UMNO Ke-75 Demi Kebangkitan Baharu Bangsa

TANGGAL 11 Mei adalah hari kelahiran parti politik orang Melayu yang terulung di negara ini iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dalam bahasa Inggeris United Malays National Organization (UMNO). Parti politik yang lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu itu kini telah berusia 75 tahun. Saya adalah veteran UMNO yang menyertai UMNO pada tahun 1947, iaitu […]

» Read more

COVID-19 Suatu Ujian… Kayu Ukur Ketaatan Mengesakan Allah – Azhari

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ujian yang menimpa ketika ini merupakan kayu ukur kepada ketaatan dalam mengesakan Allah, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Jelasnya, ujian ini termasuklah apabila penularan wabak COVID-19 belum menunjukkan tanda-tanda berakhir malahan mencatatkan angka yang semakin membimbangkan. “Setelah berpuluh tahun, beribu hari, beratus ribu jam, berjuta minit dan berbilion saat diberi nikmat […]

» Read more

Malaysia Berada Di Fasa Kritikal COVID-19, Laksanakan ‘Lockdown’ Kekang Penularan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan kerajaan perlu melaksanakan lockdown bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang ketika ini mencatatkan angka yang semakin membimbangkan. Katanya, ini kerana protokol kesihatan kini tidak lagi berkesan disebabkan rakyat telah mula menunjukkan sindrom keletihan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). “Negara maju terus mengambil pendekatan drastik seperti lockdown walaupun […]

» Read more

Nilai Kerohanian Main Peranan Tangani Gejala Dadah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau berkenaan gejala penagihan dadah dalam kalangan rakyat yang semakin membimbangkan kerana ianya turut sama memberikan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan. Jelasnya, semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pelbagai langkah yang dilakukan bagi menangani gejala ini. “Antaranya kita perluaskan pendekatan agama dan kerohanian […]

» Read more

Era Pandemik, Sekolah Jangan Dibiar Sakit – Khaled

HARI ini 7 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kesekian kalinya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekali gus menyertai beberapa daerah lain di Selangor dan Johor yang telah terlebih dahulu dikenakan PKP. Ia sudah pasti mengingatkan pada 18 Mac tahun lalu ketika kita mula-mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini. Dalam tempoh kira-kira 14 bulan ini, banyak perkara yang sudah […]

» Read more

Mentaliti PH/PN Asyik Jual Aset Negara Boleh Mudaratkan Masa Depan Negara

Semakin membimbangkan. Apakah Lapangan Terbang Subang juga nak dijual oleh kerajaan PN? Apa nak jadi negara kita ini? Minggu lepas Khamis, 29hb April the Malaysian Chronicle bertajuk “Bombshell – billions & billions being squandered or pocketed? Muhyiddin regime comes under scrunity again”. Artikel itu menyebut Lapangan Terbang (LT) Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) nak dijual. Mungkin ramai akan katakan ianya berita […]

» Read more
1 268 269 270 271 272 413