Mentaliti PH/PN Asyik Jual Aset Negara Boleh Mudaratkan Masa Depan Negara

Semakin membimbangkan. Apakah Lapangan Terbang Subang juga nak dijual oleh kerajaan PN?

Apa nak jadi negara kita ini?

Minggu lepas Khamis, 29hb April the Malaysian Chronicle bertajuk “Bombshell – billions & billions being squandered or pocketed? Muhyiddin regime comes under scrunity again”.

Artikel itu menyebut Lapangan Terbang (LT) Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) nak dijual. Mungkin ramai akan katakan ianya berita palsu atau spekulasi tapi yang saya tahu ini bukan pertama kali usahawan tempatan dan luar negara bercita-cita nak membeli atau ambil alih lapangan-lapangan negara kita terutama sekali KKIA kerana ianya satu-satu lapangan terbang dari 7 lapangan terbang negara yang untung dan pendapatannya pun lumayan – tak hairanlah ia menjadi rebutan kroni kroni yang tamak.

Sudah tentu mereka tak nak ambil mana-mana 32 lapangan-lapangan terbang lain yang tidak beruntung.

1. Semasa pemerintahan BN, Kerajaan begitu bervisi, innovatif and bersungguh-sungguh membina industri penerbangan awam dan institusi-institusi berkaitan seperti MAHB Malaysia Airlines, Mavcom & CAAM.

MAHB sebagai salah satu Kumpulan Pengusaha Lapangan Terbang terbesar dunia dengan pencapaian termasuk pemilikan 100% dan pengoperasian salah satu lapangan terbang terbesar diEropah iaitu Sabiha Gokchen, Istanbul dapat mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.

2. Malangnya sejak 2018, Kerajaan PH dan PN yang mengambil alih dari BN bukan sahaja tidak membantu pembangunan industri yang sangat berjaya ini malah melalui tindak tanduk mereka hanya melemahkan dan memudaratkan industri ini.

Dua contoh yang ketara adalah cadangan pembubaran MAVCOM, iaitu satu badan bebas kawalselia industri penerbangan awam yang sangat berjaya contohnya melindungi hak para penumpang dengan mansuhkan caj-caj yang tidak patut oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Dengan penubuhan MAVCOM melalui Akta Parlimen Malaysia kini setanding dengan negara-negara seperti UK, Australia untuk mewujudkan badan kawalselia yang bebas.

a) MAVCOM sebagai badan bebas hendak dibubarkan kerana enggan ikut telunjuk YB Menteri Pengangkutan pada masa itu.

b) Untuk melemahkan dan memecahkan MAHB serta cubaan untuk menjual Syarikat yang beruntung ini kepada sebuah syarikat Mat Salleh pada tahun 2019.

Tuan Puan mungkin ingat saya telah expose perkara ini dan buat teguran. Alhamdullilah mujurlah Tun Dr. Mahathir masuk campur dan membatalkan rancangan tidak bertanggung jawab pihak-pihak tertentu.

Saya juga telah beri teguran kepada Menteri Pengangkutan pada ketika itu atas beberapa kenyataan umum yang dibuatnya sehingga mnyebabkan saham MAHB merundum hingga kerugian berbilion ringgit.

Malangnya usaha usaha merosakkan institusi seperti MAHB, Malaysia Airlines, Mavcom masih tak berhenti lagi.

3. Cerita Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang nak dijual, sejak hari Khamis saya berusaha mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kesahihan berita penjualan KKIA.

Apa yang saya dengar lagi menggerunkan bahawa buat ketika ini yang tengah hangat adalah Subang Airport nak diserahkan kepada kroni satu syarikat swasta milik seorang taikun dengan tujuan pembangunan secara besar-besaran hingga ada perumahaan, komersial, riadah dengan keuntungan yang besar.

Sekiranya Subang Airport berjaya diserah kepada taikun ini bermakna satu lagi oufit Bumiputra berpindah tangan kepada kaum yang lain.

4. Saya difahamkan bahawa MAHB tidak bersetuju dengan perkara ini kerana Subang Airport adalah salah satu dari tujuh (7) Airport yang menguntungkan dan hasilnya diguna untuk membiayai 32 Airport lagi yang tidak untung dengan prinsip cross-subsidy.

Lagipun mereka dah banyak melabur untuk membangunkan beberapa komponen MRO dan aeroangkasa di Subang. Subang memang dibangunkan dengan visinya sebagai hab aeroangkasa dan MRO dan Business Aviation. Di Subang banyak syarikat aeroangkasa seperti AirBus, Senior Aerospace, Dassault Aviation, Leonardo, Safron dan lain-lain yang kesemuanya merupakan syarikat global tier 1 industri aeroangkasa yang sudah pun bertapak di situ.

Malah saya ingat lagi pada awal tahun 2018 MAHB telah membentangkan ‘Subang Airport Regenartion Master plan’ kepada Majlis Ekonomi untuk mengkukuhkan Subang kepada satu hab aeroangkasa yang ulung di rantau ini.

Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Mohd Najib yang memang gembira melihat pelan innovatif MAHB bagi Subang itu.

Beliau dengan serta merta mengarahkan MAHB untuk datang balik ke EC dalam tempoh satu bulan dengan perincian perbelanjaan yang mana kerajaan boleh bantu dengan peruntukkan kewangan. Tapi malangnya dengan kejatuhan Kerajaan BN, pelan MAHB hingga kini tidak terlaksana.

5. Kerajaan PH dan PN nampaknya ada pelan mereka sendiri nak bagi kepada kroni-kroni sehingga hari ini tidak nak luluskan Pelan MAHB yang akan menggunakan dana mereka sendiri.

Saya ada beberapa soalan kepada Kerajaan PN terutama sekali mereka yang akan membuat keputusan termasuk YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan:

a) Adakah wajar aset kerajaan yang sangat bernilai termasuk tanah yang begitu tinggi nilainya berbilion ringgit kepunyaan rakyat terutamanya orang Melayu (melalui Khazanah, PNB, KWAP, KWSP) diagihkan kepada satu syarikat kepunyaan beberapa orang bukan Melayu? Macam inikah nak jaga hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra.?

b) Mengapa tidak beri peluang yang sama kepada MAHB yang bersedia untuk meneruskan rancangannya untuk membangunkan Subang Airport.?

Saya difahamkan juga MAHB memang ada dana mereka dan tidak akan bergantung kepada kerajaan. Seperti disebut tadi, MAHB adalah syarikat kerajaan dipunyai MoF dan lebih 60% daripada sahamnya dipunyai oleh Khazanah, KWSP, PNB, KWAP yang mana rakyat jelata mempunyai kepentingan dan jika berjayanya MAHB, berjuta rakyat terutama sekali Melayu dan Bumiputra memperolehi keuntungan melalui dividen.

Mengapa bertindak menjejaskan pendapatan rakyat?

c) Adakah Kerajaan PN ingin melihat satu lagi syarikat kerajaan yang sangat berjaya ini mengalami kerugian dan kerajaan terpaksa menyelamat (bail out) seperti Malaysia Airlines.

Saya bimbang mentaliti asyik menjual aset kerajaan ini akan memudaratkan masa depan negara.

Datuk Aziz Kaprawi
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.