Kabinet Tubuh Jawatankuasa Khas Selaras Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kabinet hari ini menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyelaras misi bantuan kemanusiaan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk Palestin. Jawatankuasa itu yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainudin antara lain bertanggungjawab membuat semakan latar belakang NGO-NGO […]

» Read more

Vaksinasi COVID-19 Negara Lambat? Rumusannya, Ia Tertakluk Kepada Beberapa Proses – Shahril

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Berdasarkan kepada beberapa maklumat yang diperolehi, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan merumuskan bahawa untuk menaikkan kadar vaksinasi COVID-19 rakyat negara ini bergantung kepada beberapa proses. Menurutnya, ia banyak tertakluk kepada keupayaan perundingan untuk mendapatkan bekalan vaksin, kelulusan dari pihak berwajib, pembekalan dan juga dari segi logistik. “Di sini kita mesti faham point paling utama […]

» Read more

Cegah Jangkitan COVID-19 Tanggungjawab Bersama, Kawal Kendiri Patuh SOP

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, jalan terbaik adalah untuk rakyat bertindak bijak mendisiplinkan diri melalui sekatan pergerakan ‘lockdown’ kendiri serta mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Dr Rosnida Mohd Noh berkata tindakan itu adalah antara langkah yang boleh […]

» Read more

Pemuda UMNO Johor Seru Bersama Jayakan Program Vaksinasi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyeru semua rakyat bersama memberi kerjasama dan berganding bahu dalam memerangi wabak COVID-19 di dalam negara ini dan Johor khususnya. Kata Ketunya, Mohd Hairi Md Shah, bersama menolak sejauhnya segala fakta yang tidak sahih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan vaksin kerana imunisasi ini lebih banyak manfaat dari mudarat. “Jom […]

» Read more

Jayakan ‘Total Lock Down’, Vaksinasi… Usah Tuding-Menuding Antara Satu Sama Lain – Azhari

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata ‘total lockdown’ yang bermula hari ini perlu dijayakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuklah melicinkan segala bentuk bantuan yang diumumkan untuk kepentingan rakyat. Pada masa yang sama beliau turut berpandangan usaha untuk menjayakan vaksinasi juga perlu digerakkan dengan lebih menyeluruh supaya ianya berjalan lancar sebaiknya. “‘Total lockdown’ […]

» Read more

PKP: Sektor Perkilangan Patut ‘Berkorban’ Seperti Peniaga Kecil Tutup 14 Hari – Najib Razak

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal langkah kerajaan yang membenarkan sebahagian industri kilang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual bermula esok. Beliau meluahkan bagaimana sektor elektrikal dan elektronik yang merupakan antara sektor terbesar negara dengan 600,000 pekerja secara langsung dibenarkan beroperasi. “Jika sektor ini dibenarkan beroperasi maka banyak lagi […]

» Read more

KKM Harus Beri Insentif Kepada Petugas Sukarelawan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kesanggupan para sukarelawan untuk turut serta dalam perjuangan di medan hadapan satu perbuatan yang mulia. Malah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menukilkan ucapan penghargaan dan tentunya rakyat seluruh negara juga turut mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka. “Kepada para sukarelawan barisan hadapan […]

» Read more

Sama-Sama Jayakan ‘Total Lockdown’, Landaikan Lekuk Jangkitan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar rakyat dapat melaksanakan dan mengikuti  ‘total lockdown’ fasa pertama  selama 14 hari yang akan bermula pada 1 Jun ini. Katanya, pelaksanaan ini adalah untuk melandaikan kes jangkitan COVID-19 yang semakin di paras yang melampau. “Rakyat Malaysia yang dikasihi kita berdepan dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ selama 14 […]

» Read more

Khaled Saran Pusat Vaksinasi Ditambah, Elak Lama Menunggu

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan penerimaan rakyat pelbagai peringkat terhadap pentingnya vaksinasi semakin meningkat. Beliau memberikan contoh bagaimana Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Raya Bandar Seri Alam hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan termasuklah kalangan mereka yang berusia. “Saya juga melihat kehadiran yang cukup positif untuk mereka yang berumur 60 tahun dan […]

» Read more

Kerajaan Putus ‘Total Lockdown’ Sektor Sosial, Ekonomi 14 Hari Bermula 1 Jun

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu […]

» Read more
1 265 266 267 268 269 414