Terima Kasih PM Segerakan GKP, Rakyat Juga Berharap Ada Bantuan Sewajarnya – Pemuda UMNO Kedah

ALOR SETAR, 19 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menghargai langkah aktif kerajaan yang prihatin rakyat dengan menyalurkan segera bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan bermula pada 21 September 2021. Kata Ketua Penerangannya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail […]

» Read more

Operasi Greater Klang Valley Task Force Tentera Darat Ditamatkan

KUALA LUMPUR, 18 Sept  – Pengoperasian Greater Klang Valley Task Force Tentera Darat ditamatkan selepas 41 hari beroperasi susulan perkembangan positif situasi pandemik COVID-19 di Lembah Klang. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan tersebut diambil dengan persetujuan Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) bersama Kementerian Kesihatan (KKM), selepas jumlah kes harian COVID-19 mulai menurun, kapasiti hospital semakin terkawal, […]

» Read more

Semua Parti Pembangkang Diseru Tandatangan MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik – Mahdzir

PADANG TERAP, 18 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru semua parti pembangkang yang belum menandatangani memorandum persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik, memikirkan semula perkara itu bagi memastikan mereka dapat bersama kerajaan dalam menangani krisis kesihatan dan ekonomi negara. MoU tersebut katanya, tidak bermakna pembangkang tidak lagi menjalankan tugas-tugas membangkang serta memainkan peranan semak dan imbang. […]

» Read more

Malaysia Wajar Ada Dasar Dan Strategi Khusus Hadapi Cabaran ‘Long COVID’ – Mohamad

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Malaysia wajar mempunyai dasar dan strategi khusus mengenalpasti serta menyelidiki dan memulih kesan jangka panjang COVID-19 terhadap pengidapnya. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lebih 2 juta rakyat negara ini terjangkit dan angka ini mungkin lebih tinggi  termasuklah peratusan yang mempunyai Long COVID-19  juga mungkin akan semakin ramai. Menurut beliau pemulihan kesihatan mereka […]

» Read more

PPRN Kembalikan Semula Jiwa Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat – KM Melaka

MELAKA, 16 Sept – Pertandingan Pidato Rukun Negara (PPRN) Peringkat Kebangsaan, Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka mengembalikan semula jiwa patriotisme yang kini dilihat semakin menipis dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata justeru beliau menyambut baik cetusan idea Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mengadakan […]

» Read more

Perpaduan Asas Negara Maju – Rosnah Shirlin

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Hari ini genap 58 tahun negara ini ditubuhkan dan mampu untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat, aman, dan harmoni, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Katanya,penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963 dahulu terdiri daripada negeri-negeri di tanah Melayu dan juga kemasukan Sabah dan Sarawak meskipun bukan mudah untuk mencapai hasrat […]

» Read more

MoU: Pemuda UMNO Harap Rang Undang-Undang Akta Lompat Parti Dan Undi 18 Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih dan menyokong penuh kenyataan media titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengalu-alukan kerjasama rentas parti melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September lalu. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi pergerakan itu, MoU ini adalah satu […]

» Read more

Usahawan B40, M40 Dalam Aktiviti Inovasi, Ekonomi Digital Perlu Diberi Tumpuan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Usahawan daripada golongan B40 dan M40 yang berkecimpung dalam aktiviti berlandaskan inovasi dan ekonomi digital juga perlu diberi tumpuan agar dapat meningkatkan tahap kualiti kehidupan mereka dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pandemik COVID-19 bukan sahaja mengubah cara manusia menjalani kehidupan harian tetapi turut mendesak […]

» Read more

Persefahaman Rentas Parti Membantu Kestabilan – Tidak Lebih, Tidak Kurang

1. Untuk apa MoU ini? Persefahaman antara blok Kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga PRU 15. — 2. Adakah persefahaman ini bermakna Kerajaan=Pembangkang? UMNO sudah bersama dengan parti lain? Sepertimana disebut oleh Anthony Loke sendiri, ini tidak bermaksud pembangkang akan berhenti menjadi pembangkang, jauh sekali menjadi sebahagian Kerajaan. Saya yakin pembangkang masih akan menjalankan […]

» Read more

UMNO Perlu Peroleh Mandat Rakyat Pada PRU15, Terajui Negara Kembalikan Kegemilangan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO perlu menjadi parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan memperoleh mandat yang kukuh untuk menerajui kembali kerajaan seperti mana pernah negara nikmati, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya ianya sekali gus dapat mengembalikan kegemilangannya sebagai wadah buat rakyat bersandarkan kepada kepentingan dan kesejahteraan mereka. “Untuk tujuan itu […]

» Read more
1 250 251 252 253 254 414