Perpaduan Asas Negara Maju – Rosnah Shirlin

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Hari ini genap 58 tahun negara ini ditubuhkan dan mampu untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat, aman, dan harmoni, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya,penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963 dahulu terdiri daripada negeri-negeri di tanah Melayu dan juga kemasukan Sabah dan Sarawak meskipun bukan mudah untuk mencapai hasrat ini, dengan tentangan dan kritikan yang hebat daripada negara-negara jiran.

“Namun, dengan kecekalan pemimpin dahulu yang berteraskan kepada ‘Perpaduan’ gabungan dengan pelbagai latar belakang agama dan bangsa mampu bersatu bagi menubuhkan sebuah negara makmur yang saban tahun semakin maju kehadapan.

“Dalam usaha bagi merealisasikan sebuah negara bangsa, semua kaum dan agama perlu bersatu dan bertanggungjawab bagi memantapkan lagi perpaduan dan merapatkan jurang diantara kita sebagai satu bangsa Malaysia yang merdeka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Kita semua sama, kita semua satu, kita satu keluarga Malaysia,” jelasnya.

Untuk rekod, hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.