Prestasi Kerajaan Negeri Melaka Lepasi Sasaran – Sulaiman

MELAKA, 1 Mac – Pencapaian 100 hari pentadbiran kerajaan negeri Melaka bermula 21 Nov lepas hingga semalam (28 Feb) sudah melepasi tahap sasaran iaitu 98.60 peratus, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata kerajaan negeri akan membentangkan perincian berkenaan perkara itu pada satu majlis khas dalam waktu terdekat. “Kerajaan negeri juga bersetuju memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) […]

» Read more

BN Tidak Bela Kluster Mahkamah, Kebenaran Dedah Kebatilan – Abd Mutalip

SIMPANG RENGGAM, 1 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini tiada kaitan dengan kluster mahkamah malah tiada seorang pun yang melibatkan mana-mana ‘kluster mahkamah’ menjadi calon. Ini kerana semenjak pembubaran DUN Johor, parti Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) mengatakan pemimpin UMNO/BN […]

» Read more

Gelanggang PRN Johor Dibuka Untuk Kemajuan Masa Hadapan

Suasana kempen PRN Johor baru masuk hari keempat. Rata rata suasana masih lagi di peringkat perancangan dan perlaksanaan kerja awalan. Bahang kerancakkannya sudah dirasai di mana mana ceruk dalam negeri. 12hb Mac nanti, 2.5 juta pengundi bakal menentukan wakil rakyat pilihan mereka. Wakil rakyat yang akan bekerja untuk kemakmuran kawasan dan juga negeri. 30% daripada pengundi kali ini adalah pengundi […]

» Read more

Pemulihan Ekonomi Negara Perlu Disegerakan, Bantu Rakyat Bina Semula Kehidupan – Agong

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan agar Malaysia tidak ketinggalan. Bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini, Seri Paduka turut menggesa supaya segala urusan rakyat dibantu dan dipermudahkan untuk membina semula kehidupan dengan rasa selamat, aman dan makmur […]

» Read more

Peralihan Ke Fasa Endemik Perlu Dibuat Berhati-Hati – Agong

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Peralihan Malaysia menuju ke fasa endemik COVID-19 perlu dilaksanakan secara berhati-hati, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka bertitah Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara dalam indeks pemulihan COVID-19 Nikkei Asia dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa. Titah […]

» Read more

Wanita UMNO Prihatin Mangsa Banjir Pantai Timur

SEGAMAT, 28 Feb – Mangsa banjir di Pantai Timur diharap bersabar dan sentiasa mengikut arahan terkini pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dalam satu kenyataan berkata keadaan banjir yang melanda pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila lebih banyak kawasan penempatan ditenggelami air sejak awal pagi hari ini. “Kami turut sedih […]

» Read more

Kemenangan Atas Tiket Fitnah Tidak Akan Kekal Selamanya – Bung Moktar

PASIR GUDANG, 27 Feb – Parti yang menang atas tiket penipuan tidak akan selamanya berupaya memimpin negara ini dengan sebaiknya, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jelas beliau lagi, rakyat dapat melihat situasi tersebut dan dapat menjadikan sebagai penanda aras untuk menilai parti yang benar-benar komited dalam membawa agenda perjuangan. “Rakyat pernah bersama Barisan Nasional (BN) namun […]

» Read more

Jentera BN Berkempen Secara Berhemah, Berfakta Semasa PRN Johor – Bung Moktar

PASIR GUDANG, 27 Feb – Barisan Nasional (BN) akan menggunakan cara berkempen lebih berhemah dan berfakta semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan cuba mengelak pendekatan dan penyampaian yang tidak digemari oleh pengundi. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, semua jentera BN haruslah berkempen melalui pendekatan tersebut dan memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan betul sehingga […]

» Read more

BN Mangsa Kempen ‘Mind Setting’ Buruk PH, Rakyat Jangan Tertipu Lagi – Mahdzir

  PONTIAN, 26 Feb. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa kempen ‘mind setting’ dan sentimen buruk oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen memainkan sentimen memburukkan UMNO dan BN itu telah meracuni fikiran rakyat hinggakan mereka terpedaya.“Kempen ‘mind setting’ dan sentimen buruk selama 18 bulan oleh […]

» Read more

PRN Johor: 239 Calon Layak Bertanding

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Seramai 239 calon layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula hari ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata selain itu, tiada pencalonan yang ditolak selepas proses penamaan calon. “Daripada 239 calon layak bertanding, 202 adalah lelaki dan 37 lagi adalah wanita,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen […]

» Read more
1 228 229 230 231 232 414