Wanita UMNO Prihatin Mangsa Banjir Pantai Timur

SEGAMAT, 28 Feb – Mangsa banjir di Pantai Timur diharap bersabar dan sentiasa mengikut arahan terkini pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dalam satu kenyataan berkata keadaan banjir yang melanda pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila lebih banyak kawasan penempatan ditenggelami air sejak awal pagi hari ini.

“Kami turut sedih melihat beberapa hantaran menerusi hantaran rakan-rakan wanita di Facebook, kebanyakan mangsa banjir menyatakan bencana yang melanda ketika ini merupakan banjir terburuk yang pernah dialami pda tahun 2014.

“Keadaan yang semakin meruncing dan sangat mencemaskan mangsa terlibat dan terutamanya dipinggir Sungai Golok kini sedang menanti kehadiran pasukan penyelamat supaya mereka dapat berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) berhampiran,” katanya.

Beliau seterusnya berharap mangsa banjir segera berpindah ke kawasan selamat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

“Harapan saya kepada semua keluarga segera berpindah jangan teragak-agak dan terus bergerak ke PPS yang berdekatan.

“Diingatkan juga kepada ketua keluarga agar menyelamatkan segala dokumen yang penting sahaja dan segera mengikut segala arahan pihak berkuasa.

“Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan redha di atas ujian Allah ini,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.