Penglibatan Anak Muda Terus Dipertingkatkan, Keterbukaan Galas Amanah Rakyat – Samsolbari

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) bagi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali yakin penglibatan anak muda yang semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan satu perkara positif yang perlu dikembangkan dengan lebih meluas lagi. Menurutnya, secara tidak langsung keterbukaan BN memberi ruang dan peluang kepada anak muda menggalas tanggungjawab adalah satu pengiktirafan yang cukup […]

» Read more

PRN Johor: Daftar Pemilih Pilihan Raya Mula Dijual – SPR

JOHOR BAHRU, 22 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor mulai semalam. Menurut SPR dalam kenyataan hari ini, menerusi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, suruhanjaya itu dibenarkan menjual daftar pemilih termasuk […]

» Read more

Tugas Pengerusi MPN Dah Sukses Ke Belum? Ada Hati Nak Jadi Penasihat Ekonomi Johor, Bidas Najib

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mempersoalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tugas sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adakah sudah menemui kejayaan atau tidak. Najib memberi respon demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin yang mahu menjadi penasihat ekonomi Johor jika PN menang di dalam Pilihan Raya […]

» Read more

Anak Muda Pilih BN, Mahu Kestabilan Dan Kemakmuran Johor

JOHOR BAHRU, 22 Feb – Presiden Ikatan Anak Mersing, Muhammad Syukri Ibrahim berpandangan rakyat khususnya golongan muda semakin matang dalam menilai pengalaman ketika berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Katanya, kesedaran itu sekaligus meningkatkan gelombang sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Johor terus ditadbir oleh parti gabungan ini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada […]

» Read more

Jangan Tertipu Propaganda PH Gambarkan ‘Kejayaan’ Tadbir Negeri – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berharap rakyat terutama di negeri Johor tidak tertipu dengan helah dan dakwaan parti yang pernah mentadbir kerajaan negeri menggambarkan kejayaan mereka dalam melakukan tadbir urus. Katanya, penceritaan mereka itu lebih bersifat memilih dan tidak menjelaskan secara keseluruhan. “Tular satu poster report card di mana Pakatan Harapan (PH) memutarbelit fakta laporan […]

» Read more

Pembukaan Sempadan Negara Dijangka Awal Suku Tahun Kedua

BATU PAHAT, 19 Feb – Awal suku tahun kedua tahun ini merupakan garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi masa dua minggu kepada beliau dan Kementerian Kesihatan (KKM), untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan. Namun jelasnya ini tidak bermakna sempadan negara akan […]

» Read more

Muhyiddin ‘Mempoodahkan’ UMNO, Tapi Bersatu Pula Makin Goyah

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan penyertaan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam UMNO akan memperkuatkan akar umbi parti keramat ini. Katanya, meskipun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bertindak merendah-rendahkan UMNO namun hakikatnya parti itu semakin tidak menentu meskipun bakal menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. […]

» Read more

KKMM Minta Syarikat Telekomunikasi Labur Semula, Naik Taraf Liputan Dan Perkhidmatan

KLUANG, 19 Feb – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meminta syarikat telekomunikasi melabur semula dan menaik taraf liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya menjadi lebih berkualiti. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata syarikat telekomunikasi perlu lebih serius dalam perkara berkenaan untuk kepentingan pengguna. “Saya mahu telcos (syarikat telekomunikasi) semua lebih serius untuk melabur. Tolong melabur semula, walaupun saya tahu (mereka) kena […]

» Read more

Jangan Terlalu Emosi, Ekstrem Ketika Kempen PRN – Mahdzir

LABIS, 19 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  tidak perlu membuat kenyataan terlalu beremosi dan ekstrem. Katanya, mereka juga disarankan untuk tidak memburuk-burukkan antara satu sama lain. “Sebenarnya tiap parti politik bertanding, masing-masing ada strategi, masing-masing ada proses media nak dikeluarkan ada setengah daripada mereka terlampau emosional, […]

» Read more

Manfaatkan Kepakaran, Jalin Kerjasama Strategik Akademia Dan Industri – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Kerajaan menggesa semua pihak untuk mengambil peluang mencipta dan berinovasi dengan memanfaatkan kepakaran serta menjalin kerjasama strategik antara akademia dan industri. Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata usaha kolaboratif tersebut dapat menggalakkan inovasi berasaskan permintaan industri dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia. “Pandemik COVID-19 telah […]

» Read more
1 229 230 231 232 233 414