Kemenangan Atas Tiket Fitnah Tidak Akan Kekal Selamanya – Bung Moktar

PASIR GUDANG, 27 Feb – Parti yang menang atas tiket penipuan tidak akan selamanya berupaya memimpin negara ini dengan sebaiknya, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Jelas beliau lagi, rakyat dapat melihat situasi tersebut dan dapat menjadikan sebagai penanda aras untuk menilai parti yang benar-benar komited dalam membawa agenda perjuangan.

“Rakyat pernah bersama Barisan Nasional (BN) namun kalah pada Pilihan Raya ke-14 diganti Pakatan Harapan termasuk Bersatu yang menang atas penipuan, janji bohong. Kemenangan atas fitnah tidak akan kekal buat selama-lamanya.

“BN pernah memimpin rakyat begitu juga dengan PH, kemudian Bersatu jadi Perdana Menteri,” katanya ketika majlis Sembang Santai Pengundi DUN Permas Bersama beliau, turut hadir ke pertemuan tersebut juga adalah calon BN, Baharudin Mohamed Taib.

Malah jelas Pengerusi BN Sabah itu lagi, pentadbiran ketika itu juga menyaksikan kehidupan rakyat semakin terjejas meskipun kerajaan pada ketika itu menghabiskan wang namun tanpa arah tuju yang sebenar mendorong beliau dan rakan-rakan pimpinan untuk mengambil langkah drastik.

“Duit negara habis dipakai jadi saya dan rakan-rakan berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malah saya adalah salah seorang ahli Parlimen yang mengutuskan surat kepada speaker.

“Bertujuan menarik sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin Yasin kerana mereka ini tidak boleh kerja untuk bawa kemakmuran kepada negara atau mensejahterakan rakyat tapi duit rakyat berbilion-bilion dipakai,” tegas beliau.

Katanya melihat kepada keadaan ini rakyat di negeri Johor perlu membuat keputusan yang bijak dengan memilih BN untuk mentadbir negeri ini ke arah kemajuan dan kebajikan rakyat yang lebih mampan.

“Misi kita ini bukan misi mudah tapi tidak mustahil sebab rakyat sudah ada kesedaran saya lihat bagaimana pilihan raya di Melaka walaupun tidak boleh dibandingkan dengan Johor kata orang kalau di negeri ini boleh berfikir begitu mengapa orang Johor tidak boleh?

“Kita harus menstabilkan politik kemudian ekonomi akan stabil ianya sekaligus memberi manfaat Inilah gunanya kuasa,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.