150 Ahli PPBM Wangsa Maju Keluar Parti Sertai UMNO – Shafei Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Seramai 150 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah melahirkan kesyukuran kerana Ketua Srikandi bahagian itu, Datin Seri Roslinda Abdul Hamid telah menyerahkan borang keahlian mereka. “Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi UMNO Wangsa Maju […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Pertimbang Letak Calon PRK Bugaya – Bung Moktar

SEMPORNA, 16 Jan – UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonnya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut. “Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan […]

» Read more

UMNO Perlu Kekalkan Momentum Untuk Hadapi PRU-15, Gesa Bung

KOTA KINABALU, 13 Dis – Ketua UMNO Sabah mengingatkan agar kepimpinan parti di semua peringkat mengekalkan momentum gerak kerja masing-masing yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang semakin hampir. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ketika ini semua jentera parti perlu diperkemaskan dan dimantapkan sementara menunggu dua tarikh penting PRU-15 iaitu pembubaran […]

» Read more

Aktifkan, Gerakkan Secara Maksima Mekanisme Sistem Maklumat Forensik Dan Keahlian Parti

HARI ini 12 Disember 2021 (Ahad) sekali lagi berlangsungnya sejarah keramat di Malaysia iaitu perhimpunan terbesar wanita dan kaum ibu yang mengoncang dunia, iaitu perhimpunan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan orang Melayu bahagian Bukit Bintang sahaja. Tunggulah 13 hingga 15 Januari tahun depan nanti bagi perhimpunan dari seluruh Malaysia bakal menyaksikan perhimpunan terbesar dari […]

» Read more

Bekas Pemimpin PPBM Akui UMNO Parti Berprinsip, Kekal Bawa Perjuangan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Bekas Naib Ketua Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Putrajaya, Shamsul Mahde Mahmud berpandangan UMNO satu-satunya parti yang kekal berprinsip memperjuangkan nasib orang Melayu. Katanya, situasi ini berbeza dengan PPBM apabila wadah perjuangannya semakin mengelirukan sejak membuka keahlian kepada warga bukan Bumiputera. “Saya tengok PPBM tidak lagi menjurus kepada orang Melayu malah dicampur dengan keahlian […]

» Read more

Perkukuh Akar Umbi, UMNO Bahagian PJ Terima Keahlian Baharu

PETALING JAYA, 30 Sept – Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Petaling Jaya Khairul Anuar Mokhtar berbesar hati menerima kemasukan 30 ahli baharu dalam usaha mengukuhkan akar umbi parti. Sesi penyerahan borang tersebut diberikan menerusi majlis ringkas oleh wakilnya yang merupakan bekas pemain sukan skateboard negara, Mohd Zamri Mohd Ramli. Khairul berkata kesemua ahli baharu tersebut tidak pernah terlibat dengan UMNO […]

» Read more

Laporan Polis Kepada Presiden UMNO Menjijikkan, Penghinaan Buat Ahli UMNO – Jamil Khir

ALOR SETAR, 5 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Negeri Kedah, saudara Khairul Anuar Ramli yang membuat laporan polis ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, ini adalah merupakan suatu tuduhan yang amat menjijikkan serta sebuah penghinaan bukan sahaja kepada Presiden UMNO bahkan […]

» Read more

Syukur PAU 2020 Berlangsung Jayanya, Wanita UMNO Mohon Pengiktirafan Dengan Kuota 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila Perhimpunan Agung UMNO 2020 kali ini berlangsung dengan jayanya meskipun ia tertangguh sejak sekian lama kerana wabak covid-19 yang melanda negara. Katanya, meskipun dalam suasana norma baharu, persidangan tetap berlangsung dengan jayanya dan perwakilan tetap bersemangat membawa obor perjuangan bagi menghadapai PRU-15. […]

» Read more

Laporan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

LAPORAN YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020 28 MAC 2021 (AHAD) | DEWAN MERDEKA, PWTC, KL ********************************************* Saudara dan Saudari Pengacara Majlis “Bismillahir Rahmanir Rohim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Tan Sri Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Dato’ Seri Dr […]

» Read more

Cubaan Haramkan UMNO Gagal: 16 Bekas Ahli Mohon Perintah Bubar UMNO Ditolak – Peguam

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed telah menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO. Menurut peguam yang mewakili UMNO dalam mengendalikan kes ini, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, keputusan Mahkamah Rayuan telah dikekalkan dan mahkamah telah menyatakan bahawa proses pemilihan yang dibuat pada tahun […]

» Read more
1 2 3 4 5