Munasabah Bung Moktar Ketuai PRN Sabah – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah bagi Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau berkata semua pihak dalam BN meskipun mempunyai pandangan berlainan perlu bersama-sama memenangkan parti itu pada PRN 26 Sept depan. “Benar […]

» Read more

Bung Moktar Mahu Fokus Gerak Kerja Jentera PRN Sabah

KOTA KINABALU, 20 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau akan terus memberi fokus untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau yang enggan mengulas mengenai kritikan sekumpulan pemimpin UMNO Sabah berhubung pelantikannya sebagai ketua pilihan raya berkenaan berkata, selaku ketua parti yang bertanggungjawab, beliau akan memastikan jentera pilihan […]

» Read more

PRN Sabah: MCA Sokong Sepenuhnya Bung Moktar Ketuai BN

KOTA KINABALU, 20 Ogos – MCA Sabah hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata pendirian parti itu adalah seiring dengan semangat BN yang sentiasa diberi penekanan oleh gabungan tersebut. Pelantikan Bung Moktar yang […]

» Read more

PRN Sabah: Kita Perlu Berada Dalam Satu Barisan Dan Wadah Yang Sama – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cara terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah dengan mencari jalan yang terbaik agar semua pihak berada di dalam satu wadah yang sama. Justeru beliau berpandangan perbedaan pendapat yang timbul mengenai PRN negeri berkenaan dapat dimurnikan dan jangan sesekali memberikan kekuatan kepada […]

» Read more

Perjuangan, Rakyat Di Aras Tertinggi… Bulatkan Tekad Bela Watan Sabah – Puteri Sabah

KOTA KINABALU, 19 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Sabah berkeyakinan UMNO Sabah harus terus meletakkan perjuangan dan rakyat pada aras tertinggi. Dalam keadaan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dipalu dan semboyan telah berbunyi, Puteri UMNO Sabah menyeru semua pihak membulatkan tekad dan semangat untuk terus membela watan Sabah. “Menjunjung slogan parti keramat UMNO, Bersatu-Bersetia-Berkhidmat, Pergerakan UMNO Negeri Sabah menghormati […]

» Read more

Bangga Pemuda Sabah Tetap Setia, Tegar Pertahan Wadah UMNO/BN – Asyraf

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – “Saya amat berbangga dengan Pemuda UMNO Sabah. Tatkala hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Bahagian (22 daripada 25 Ketua UMNO Bahagian) lompat meninggalkan parti, merekalah yang setia lagi tegar mempertahankan wadah UMNO dan BN di Sabah dengan serba kekurangan dan keterbatasan. Bahkan 4 daripada pimpinan Pemuda terpaksa memangku jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian.” Demikian tegas Ketua Pergerakan […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Sepakat Sokong, Pertahan Keputusan Parti

KOTA KINABALU, 19 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah menyokong dan menghormati keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menamakan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Kata Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain, Pemuda UMNO Sabah sudah berikrar dan berjanji setia untuk mempertahankan sebarang […]

» Read more

PRN Sabah: BN, UMNO Sabah Diberi Kuasa Penuh Terjemahkan Autonomi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Bagi merealisasikan kuasa autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah, maka UMNO Pusat menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah untuk membuat keputusan bagi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi BN dan UMNO […]

» Read more

PRN Sabah 26 Sept, Pemuda BN Sudah Bersedia – Asyraf

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan penamaan calon ditetapkan pada 12 Sept. Sehubungan itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa jentera parti sudah bersedia. “Insya-Allah, Jentera pilihan raya Pemuda BN sudah siap digerakkan. Moga Allah membuka hati rakyat Sabah […]

» Read more

PRN Sabah: Tarikh Mengundi 26 Sept, Penamaan Calon 12 Sept

KOTA KINABALU, 17 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 Sept manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 Sept. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN […]

» Read more
1 94 95 96 97 98 429