PRN Sabah 26 Sept, Pemuda BN Sudah Bersedia – Asyraf

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan penamaan calon ditetapkan pada 12 Sept.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa jentera parti sudah bersedia.

“Insya-Allah, Jentera pilihan raya Pemuda BN sudah siap digerakkan. Moga Allah membuka hati rakyat Sabah untuk kembali memberikan kepercayaan kepada BN bagi menerajui Sabah setelah melalui 22 bulan proses penyucian dan muhasabah atas segala keterlanjuran lampau, insya-Allah,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam kenyataan berkaitan PRN Sabah.

Terdahulu, Pemuda UMNO Sabah telah yang berjaya menamatkan Kursus Latihan Asas Skuad Sabil sekaligus menubuhkan Skuad Sabil di seluruh 25 Parlimen dalam negeri Sabah.

“Insya-Allah Skuad Sabil akan terus dimantapkan dan dijadikan salah satu platform meraih keterlibatan anak-anak muda dalam aktiviti kesukalewanan dan kebajikan,” kata Asyraf lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam sidang media semalam, SPR memaklumkan 1.12 juta pengundi bagi PRN tersebut dengan jangkaan lebih 70 peratus akan mengundi.
pada PRN Sabah ini.

Sebanyak 332 saluran baharu ditambah bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran menjadikan keseluruhan 2,613 saluran berbanding 2,281 saluran pada PRU ke-14. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.