Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Bermula, Ucapan Sulung Agong Jadi Perhatian

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 bermula hari ini. Seluruh negara bakal tertumpu kepada titah ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada majlis pagi ini yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen dan juga ‘live stream’ di Internet. Ini merupakan ucapan sulung […]

» Read more

Lompat Parti, Perbuatan Keji Dan Memalukan

KUALA LUMPUR 7 Mac – UMNO Sabah menyifatkan tindakan melompat parti yang semakin berleluasa di negeri tersebut sebagai perbuatan keji, memalukan serta menderharkai kepercayaan rakyat. Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut juga seperti memperbodohkan proses demokrasi dan pilihan raya apabila pemimpin menderhaikai kepercayaan yang diberikan pengundi. “Baru-baru ini dua orang lagi ahli Yang Berhormat […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Inklusif Bagi Semua, Satu Sejarah Demi Perjuangan Agama Bangsa Dan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa kerjasama rasmi UMNO dan PAS adalah gagasan penyatuan ummah yang bukan inklusif kepada dua parti ini sahaja tetapi turut membawa rakan gabungan lain. Katanya, kesepakatan ini tidak terhad kepada parti politik kerana ia adalah satu gagasan Nasional yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia. “Kita ditanya apakah […]

» Read more

Jika Benar Wujud ‘Rule Of Law’, Dedah Segera Hasil Siasatan Terowong Dasar Laut

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pengamal Undang-undang, Zamri Mohd Isa berkata, sekiranya benar kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mengamalkan sikap ketelusan dan ‘rule of law’ itu benar-benar wujud, maka seharusnya rakyat dimaklumkan berkaitan siasatan isu penuh kontroversi pembinaan terowong dasar laut. Jelas beliau, kes terowong dasar laut yang dulunya sedang dibicarakan tiba-tiba ‘lupus’ setelah kerajaan diambil-alih oleh PH malah ramai […]

» Read more

Pas Sokong Penuh Zakaria Hanafi, Undi BN Untuk PRK Semenyih… Tegas Tuan Ibrahim

SEMENYIH, 1 Mac – “Saya berdiri malam ini untuk menyatakan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian bahawa Pas dan seluruh ahli serta para pengundi menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.” Demikian penegasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memulakan ucapan pada Ceramah Perdana anjuran bersama UMNO dan […]

» Read more

Tuduh BN Pencuri, Sebenarnya Kamulah Pencuri – Rahman Dahlan

SEMENYIH, 27 Feb – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Pakatan Harapan (PH) melempar pelbagai tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) kononnya pencuri tetapi sebenarnya merekalah pencuri. Jelas beliau, PH dan Warisan mencuri ramai pemimpin UMNO di Sabah namun yang pasti UMNO Sabah terus kukuh kerana kekuatan parti keramat ini bukan kepada pemimpin tetapi adalah kerana […]

» Read more

PH Tadbir Negara Tanpa Hala Tuju, Sembilan Bulan Masih Penuh Dengan Alasan

KUALA LUMPUR, 26 Feb- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang semenjak mentadbir negara tetapi tidak ada hala tuju dan perancangan yang nyata selain hanya memperlihatkan kepada rakyat pentadbiran yang kucar-kacir. Katanya, sepanjang lebih sembilan bulan mengambil alih kerajaan, reputasi PH sebenarnya tiada apa-apa nak dibanggakan selain hanya tahu memusnahkan negeri-negeri […]

» Read more

Sejarah Buktikan Bukan Baru Sekarang PAS dan UMNO Jalin Kerjasama – Hadi

BUKIT KATIL, 25 Feb – Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukanlah kali pertama UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama dan permuafakatan, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Abdul Hadi Awang. Menurutnya, jika diungkap sejarah, ketika penjajah British mahu mencengkam agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini dengan hasrat menubuhkan Malayan Union, ketika itulah semua orang Melayu melalui pelbagai […]

» Read more

Skil Berkomunikasi Penting, Tapi Jangan Terlalu Teruja…

SEMENYIH, 23 Feb – “Komunikasi ini periuk nasi orang politik, kalau tidak pandai berkomunikasi, tidak perlulah jadi calon,” bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata demikian ketika berceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di PDM Rinching malam tadi. “Calon PH di Semenyih ini saya nak cakap pun….mmm…. saya rasa […]

» Read more

Calon PH Pejuang Hospital Untuk Semenyih…? Satu Lagi Janji Palsu Ditabur

SEMENYIH, 20 Feb – Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz membidas calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang menabur janji akan memperjuangkan pembinaan hospital di kawasan terbabit jika menang. Beliau menyifatkan itu adalah satu lagi janji palsu yang cuba digula-gulakan kepada rakyat. “Janji manis calon PH Aiman […]

» Read more
1 408 409 410 411 412 427