Polis Perlu Tegas Siasat Aduan Rogol ADUN Dap

KUALA LUMPUR 11 Julai – Pihak polis diminta berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dalam siasatan dakwaan rogol oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, kes rogol merupakan satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak munasabah suspek tidak ditahan reman. Katanya, Untuk mana-mana […]

» Read more

Orang Melayu Terus Tolak Parti Pecah-belahkan Bangsa – Annuar

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Malah katanya, orang Melayu akan terus menolak BERSATU kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu semata mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu “Orang Melayu juga merasa […]

» Read more

UMNO Pasca PRU-14 Lahirkan Pejuang Yang Benar-benar Ikhlas

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin berkata sokongan akar umbi terhadap parti yang terlalu banyak berjasa kepada rakyat ini tidak pernah padam biarpun kuasa bukan lagi ditangan. Katanya, UMNO pasca kekalahan ini telah melahirkan generasi-generasi baru yang benar-benar ikhlas berjuang demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. “Hari ini kita melihat […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Perintis Gagasan Yang Lebih Luas Untuk Selamatkan Rakyat

  KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kerjasama yang diusahakan antara UMNO dan PAS merupakan permulaan kepada satu gagasan yang lebih besar selepas ini dalam usaha menyelamatkan negara dan rakyat daripada pelbagai permasalahan yang berlaku. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata bentuk dan kerangka kerjasama itu akan dilakukan secara bersama dalam uasha menggerakkan rakyat, masyarakat, parti-parti politik di semenanjung, […]

» Read more

UMNO Perlis Dan Pahang Harus Menguruskan Kemenangan Dengan Baik

PADANG BESAR, 30 Jun –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO negeri Perlis dan Pahang perlu menguruskan kemenangan secara berstrategi kerana rakyat di kedua-dua negeri ini mengharapkan UMNO dalam berhadapan kerajaan baru yang keliru dan celaru. Jelas beliau, berbeza dengan negeri-negeri yang kalah, kepimpinan UMNO di sana harus terus bermuhasabah diri dan mencari solusi memperbaiki segala […]

» Read more

Yang Retorik Itu PH, Bukan Kerjasama UMNO-PAS – Mahdzir

POKOK SENA, 28 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas pelbagai pihak yang mengatakan kerjasama UMNO dan PAS hanya satu retorik. Jelas beliau, tuduhan yang dilemparkan ini adalah bertujuan untuk merosakkan hubungan baik dua hala kedua-dua parti ini. “Saya rasa orang yang cakap begini dia pun tak faham apa itu maksud retorik. Retorik itu dikaitkan dengan pengucapan. […]

» Read more

Walau Banyak Kekangan…. Pelbagai Himpitan Tapi Perjuangan UMNO Tetap Diteruskan – Ghazalie

TAWAU, 28 Jun – Tiada yang indah dalam pelbagai himpitan dan kekangan namun usaha bagi memastikan perjuangan UMNO sebagai parti yang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara tetap diteruskan. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing berkata dalam keadaan sekarang, UMNO menerima hakikat sebagai pembangkang yang melalui pelbagai cabaran namun tidak sesekali melunturkan semangat […]

» Read more

Kes Lucut Hak: Muhyiddin, Shafie Juga Perlu Beri Keterangan

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Parti Warisan Sabah) mungkin terpaksa diminta memberi keterangan dalam kes perlucutan hak sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Dalam ciapan di […]

» Read more

Lucut Hak: UMNO Lebih Rela Berserah Kepada Pengadilan Mahkamah Secara Telus Dan Terbuka – Shahrir

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad tidak hairan apabila kenyataan Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru, Latheefa Koya disambut segera oleh ketua-ketua sayap pemuda PKR dan PPBM sedangkan dahulu ketika Datuk Seri Mohd Shukri Abdul membuat kenyataan tidaklah ada reaksi ghairah dan segera oleh parti-parti politik pemerintah sebegini. Dilaporkan, minggu lepas, Latheefa telah […]

» Read more
1 402 403 404 405 406 428