Orang Melayu Terus Tolak Parti Pecah-belahkan Bangsa – Annuar

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malah katanya, orang Melayu akan terus menolak BERSATU kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu semata mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu

“Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dgn politik BERSATU yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto semata mata untuk mendapat undi tapi langsung tidak menunaikan janji mereka

“BERSATU juga meneruskan agenda ‘devide and rule’ dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan bumiputera di sana,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Ujarnya, BERSATU juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain–lain yang semakin bebas.

“BERSATU juga dilihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada Dap, terutamanya posisi strategik seperti menteri kewangan, menteri penerangan, AG, SPRM dan lain-lain yang menghakis hak Melayu

“Lebih buruk lagi bersatu di lihat sebagai parti peribadi Tun M, dan ketiadaan Tun sbg PM merupakan titik mati yang pasti bagi BERSATU.

“Sehingga sekarang ahli UMNO dan PAS semakin padu dan Istiqamah. Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk gelombang besar yang akan membersihkan kotoran dan sampah yg di tinggalkan sekutu Dap termasuk BERSATU…”

Tegas beliau, seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu

“BERSATU bukanlah jawapan kepada cita-cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

“Seeloknya ahli bersatu segera berhijrah meninggalkan Dap ke bahtera lebih besar UMNO-PAS… dan sama-sama menyahut muafakat nasional yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama.”

Ujar beliau lagi, orang Melayu tidak akan memaafkan perbuatan BERSATU menggadai hak dan posisi orang Melayu dan Bumiputera kepada Dap. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.