Kerajaan Tanpa Parti Bersifat ‘One Man All Powerful’, Ciri Republik, Diktatorial, Autokrasi

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kerajaan tanpa parti adalah penghinaan kepada keupayaan Pakatan Harapan (PH) dan pengesahan bahawa PH tidak mampu baiki negara, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Namun begitu katanya, kerajaan tanpa parti lebih berbahaya kerana ia bersifat ‘one man all powerful’ dan menuju ciri-ciri republik yang bersifat diktatorial serta autokrasi. “Kemuncak kepada kerajaan ‘kakistocracy’ membaiki […]

» Read more

Bubar Parlimen Langkah Terbaik, Kerajaan Perpaduan Tidak Relevan – Sharkar

TEMERLOH, 27 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata, bubar Parlimen adalah jalan terbaik bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara sekarang ini. Jelas beliau, kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat tidak relevan kerana gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) pun Tun gagal untuk mengawalnya maka bagaimana untuk beliau […]

» Read more

Tun M, ‘Your Time Is Over’… Tubuh Kabinet Berasaskan Individu Hanya Retorik

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Menubuhkan Kabinet berasaskan individu bukan parti politik hanya retorik, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, perutusan khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Interim ternyata tidak menyembunyikan hasrat untuk terus menjadi PM. “Sudahlah Tun. ‘Your time is over’. Jangan panjangkan lagi drama […]

» Read more

Tunjukkan Solidariti Nasional, Serahlah Pada Rakyat – Annuar

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru semua rakyat termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan serta tunjukkan solidariti nasional dengan memberikan kerjasama menjaga keamanan dan keharmonian serta memberi kesetiaan penuh tanpa berbelah bagi kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau berkata demikian dalam ciapan Twitternya pagi ini berikutan kemelut politik yang […]

» Read more

Armada Tidak Tahu Diri, PH Hancur Kerana Salah Sendiri – Ir Aziz

KUALA LUMPUR, 26 Feb- Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain menganggap pemimpin Armada tidak sedar diri ekoran kehancuran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak dilakukan oleh mana-mana pihak melainkan dilakukan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkenaan menolak kerjasama dengan UMNO adalah cukup […]

» Read more

Jika Syarat Tanpa Dap Tidak Dapat Dipenuhi, Maka Kembalikan Hak Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional akan terus memberi sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru selepas runtuhnya Pakatan Harapan (PH). Jelas beliau, ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat. “Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan Dap namun memandangkan […]

» Read more

BN, PAS, PBRS Tolak Sebarang Gabungan Babitkan Dap, Mahu Parlimen Dibubarkan

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini sepakat menolak sebarang gabungan  yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media khas di PWTC, di sini, sebentar tadi. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha […]

» Read more

Kemelut Politik Libatkan Perlembagaan, Undang-undang… Beri Kepercayaan Kepada Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin melihat kemelut pentadbiran hari ini bukan lagi berkisar soal politik semata-mata malah ianya sudah memasuki fasa melibatkan soal Perlembagaan dan undang-undang yang sudah pasti melangkaui soal emosi dan sentimen, sekaligus menuntut untuk berfikir dan bertindak secara profesional dan rasional. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Kimanis khususnya dan Sabah amnya […]

» Read more

PH Perlu Serius Jadi Kerajaan… Urus Hak Rakyat, Bukan Tunduk Kepentingan Pihak Tertentu

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Pakatan Harapan (PH) digesa untuk serius sebagai kerajaan khususnya dalam menjaga kepentingan orang Melayu/Islam dan bukan tunduk kepada pihak tertentu, tegas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Katanya, jangan cuba menjadikan Tabung Haji sebagai alat politik sebaliknya peliharalah khazanah orang Melayu dan Islam ini supaya ia terus berkembang maju sekali gus […]

» Read more

Muafakat Nasional Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Alternatif Kerajaan Hari ini

  KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Muafakat Nasional perlu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan terhadap kerajaan yang ada pada hari ini dan kerana dasar itu jugalah Muafakat Nasional perlu diperkasakan dan berdiri atas kekuatannya sendiri. Menurut beliau kerajaan hari ini sepertimana diketahui umum sudah lagi tidak diyakini oleh pelbagai pihak […]

» Read more
1 371 372 373 374 375 430