COVID-19: Kerajaan Akan Tanggung Kos Diskaun Elektrik – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, yang mana kos diskaun bagi negeri Sarawak berjumlah RM122.5 juta dan Sabah RM37.5 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kos ini akan ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: Abdul Rahman Kemuka Beberapa Cadangan

TUARAN, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan beberapa langkah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinetnya di dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac ini yang meliputi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan, antara cadangan yang disentuh adalah kerajaan tidak perlu mengumumkan dasar yang tidak […]

» Read more

Rakyat Menilai, Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi

Cabaran besar menanti Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani gelombang wabak coronavirus (COVID-19) yang telah menjejaskan aktiviti harian rakyat. Pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai kemampuan Kabinet baharu menyelesaikan beberapa isu besar yang sedang dihadapi negara. Alasan Kabinet masih baharu atau dalam tempoh ‘pembelajaran’ sudah tidak relevan, terutama bagi Menteri […]

» Read more

Isu MA63 Akan Disegerakan – Fadillah

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secepat mungkin bagi membincangkan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau telah menyuarakan kepentingan MA63 kepada Muhyiddin […]

» Read more

Ahli UMNO Fokus Mantapkan Cawangan, Komitmen Tinggi Teruskan Perjuangan – Raime

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Raime Unggi berkata sekarang adalah waktu paling sesuai untuk ahli-ahli UMNO di akar umbi memantapkan perjuangan melalui persidangan cawangan-cawangan parti yang sedang berlangsung di seluruh negara. Katanya, sebagai ahli UMNO fokus adalah untuk terus memperkuatkan cawangan masing-masing dan memberikan semangat, komitmen serta sokongan moral kepada akar umbi, bahagian dan […]

» Read more

Kabinet Dibentuk PN Berfungsi Dan Berkhidmat Untuk Semua – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 11 Mac – Kabinet yang dibentuk Perikatan Nasional (PN) adalah yang berfungsi dan berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kerajaan yang dibentuk dalam keadaan ‘luar biasa’ itu komited untuk bekerja berlandaskan integriti tinggi termasuk memerangi rasuah dan mengisytiharkan harta di peringkat Jemaah Menteri. Muhyiddin berkata kerajaan baharu akan membuat tawaran baharu […]

» Read more

Kerosakan PH… Kerajaan PN Diminta Laksana Penukaran IC Tangani Pengundi ‘Tipu’

JELUTONG, 11 Mac – Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan sehinggakan ada sahaja isu yang timbul dan dipertikai oleh rakyat berkaitan tindak-tanduk mereka. Antara yang menjadi persoalan rakyat adalah dakwaan berkaitan penjualan kad pengenalan Malaysia kepada warga Cina. Justeru, Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan […]

» Read more

Kesemua 31 Menteri Kabinet Perikatan Nasional Angkat Sumpah Jawatan

PUTRAJAYA, 10 Mac – Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah […]

» Read more

Melaka Pastikan Catuan Air Tidak Jejaskan Rakyat Dalam Tempoh Panjang

MELAKA, 10 Mac – Kerajaan Negeri Melaka akan berusaha memastikan catuan bekalan air di negeri ini tidak menjejaskan rakyat dalam tempoh yang panjang khususnya umat Islam menjelang bulan Ramadan ini, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali. Antara langkah jangka pendek yang akan cuba diambil kira untuk dilaksanakan ialah mengurangkan masa atau hari catuan yang dijadualkan namun ia bergantung pada […]

» Read more

Kerajaan Dan Rakyat Perlu Seiring Majukan Negeri Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 10 Mac – Kerajaan dan rakyat perlu bergerak seiring dalam usaha memajukan lagi negeri Melaka, kata Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Sulaiman Md Ali. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, selain itu semua 17 orang ADUN yang telah menyatakan kerjasama membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu, juga harus bergerak seiring bagi merealisasi hasrat itu. […]

» Read more
1 369 370 371 372 373 430