Keputusan KPT Berdasarkan Situasi Semasa, Demi Kebaikan Pelajar – Rosnah

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merasa terkilan gara-gara pengumuman penangguhan pendaftaran pelajar di saat akhir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini dikecam teruk di media sosial. Jelas beliau, boleh dikatakan sebahagian besar pelajar yang sudahpun pulang ke kampus masing-masing menyatakan rasa tidak puas hati dan tidak setuju dengan keputusan tersebut. […]

» Read more

COVID-19: Jangan Terpengaruh Angka, Manipulasi Pihak Tertentu… Terus Patuhi SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Okt – “Jangan terpengaruh dengan angka mahupun pihak yang cuba memanipulasi isu COVID-19.” Demikian tegas Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan rasa faham dengan kerisauan dan panik sebahagian rakyat Malaysia apabila melihat saban hari peningkatan terhadap kes positif COVID-19. Namun jelas beliau, apa yang perlu rakyat faham adalah hanya 71 kes daripada 691 […]

» Read more

Malaysia Rekod 691 Kes Baharu, Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936. Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah […]

» Read more

Dua Lagi Kluster Dikenal Pasti, Jumlah Kluster Aktif Kini 39 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia sebanyak 39 kluster. Dr Noor Hisham berkata Kluster Batu dikenal pasti hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli […]

» Read more

Dewan Rakyat Maklum Kekosongan Kerusi Parlimen Batu Sapi Kepada SPR

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P. 185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh […]

» Read more

PKPB Di Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Bermula Rabu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah, berkuat kuasa 12.01 tengah malam Rabu ini (7 Okt). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 di tiga lokasi itu, selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan. […]

» Read more

Tanpa Berlengah, UMNO Hulur Tangan Bantu Mahasiswa

EKORAN keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran dan sesi pembelajaran bagi sesi akademik Oktober kerana peningkatan kes COVID-19, selain dari beberapa pihak tanpa berlengah UMNO menghulurkan tangan meringankan beban para pelajar yang sedang terkesan. Kesulitan yang dihadapi mahasiswa ini turut mendapat perhatian yang serius dari UMNO serta pemimpin-pemimpinya seperti yang diusahakan oleh Setiausaha Agung […]

» Read more

Kerajaan Wajar Pertimbangkan Bantuan ‘One-Off’ Minima RM500 Kepada Mahasiswa – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran ‘one-off’ sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini. Saran Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan […]

» Read more

Jangan Terpengaruh… Ada Yang Sengaja ‘Bikin Panas’ Salahkan KPT – Penganalisa Politik

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Penganalisa Politik tempatan, Azizi Safar menyeru orang ramai khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) jangan terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja ‘bikin panas’ pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini. Ujar beliau, pekeliling tersebut hanya mencadangkan pendaftaran atas talian agar tidak berlaku kesesakan berikutan peningkatan pandemik COVID-19 namun sayangnya KPT yang […]

» Read more

Lupakan Politik, Kerajaan Baharu Fokus Bangunkan Negeri Dan Rakyat

KOTA KINABALU, 4 Okt – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri yang baharu akan memberi tumpuan untuk memajukan negeri dan rakyat selepas diberi mandat pada pilihan raya negeri lepas. Menurut beliau, perkara itu akan menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat. “Ia termasuk usaha memulihkan keadaan ekonomi negeri ketika ini,” katanya […]

» Read more
1 322 323 324 325 326 430