Tanpa Berlengah, UMNO Hulur Tangan Bantu Mahasiswa

EKORAN keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran dan sesi pembelajaran bagi sesi akademik Oktober kerana peningkatan kes COVID-19, selain dari beberapa pihak tanpa berlengah UMNO menghulurkan tangan meringankan beban para pelajar yang sedang terkesan.

Kesulitan yang dihadapi mahasiswa ini turut mendapat perhatian yang serius dari UMNO serta pemimpin-pemimpinya seperti yang diusahakan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Parlimen Pontian itu dalam satu hantaran di Facebooknya berkata beliau akan membantu mahasiswa dari kawasan itu yang terjejas akibat keputusan tersebut.

“Untuk siswa dan siswi dalam kawasan Parlimen Pontian sahaja, sedikit bantuan akan diberi kepada yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran Universiti Awam secara bersemuka.

“Whatsapp nama penuh, alamat penuh, no. (nombor) kad pengenalan, no. telefon, nama Universiti Awam, salinan surat berkaitan daftar kepada pegawai khas saya Hj Rahim 0177772693. Terima kasih,” kata Ahmad.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata akan menyalurkan bantuan khas untuk Mahasiswa Kepala Batas.

Katanya lagi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, mahasiswa yang terkesan akibat penangguhan ini boleh menghubungi atau mengisi pendaftaran di google form.

“Bantuan khas Mahasiswa anak-anak Parlimen Kepala Batas, perhatian kepada Mahasiswa anak-anak Kepala Batas yang terkandas disebabkan penangguhan sesi pendaftaran dan memerlukan bantuan.

“Mahasiswa yang terkesan boleh segera mengisi ‘google form’ yang disediakan di pautan :
https://forms.gle/4RY6hkhRArtAsePp7. Selain itu untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh terus hubungi 017-4090757 di waktu pejabat,” katanya dalam satu catatan di platform media sosialnya.

Dalam pada itu, menurut Ahli Parlimen Baling yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap Mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang terus menghubunginya.

“Saya menyeru kepada Mahasiswa Mahasiswi anak-anak Baling yang menghadapi kesukaran untuk pulang ke Baling, agar menghubungi saya dan Insyaallah saya akan usahakan yang terbaik untuk membantu.

“Bagi pelajar-pelajar yang terkandas di kawasan Lembah Klang pihak kami telah menyediakan perkhidmatan bas menghantar anda pulang ke Baling untuk kawasan Kuala Ketil, Kupang dan Bayu. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua,” ujarnya.

Bagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menjelaskan bantuan khas Mahasiswa terkandas Parlimen Kubang Pasu oleh Patriot Muda.

“Perhatian kepada Mahasiswa Kubang Pasu yang terkandas disebabkan penangguhan sesi pendaftaran dan memerlukan bantuan. Patriot Muda Kubang Pasu telah melancarkan bantuan khas Mahasiswa terkandas yang berasal dari Parlimen Kubang Pasu.

“Keutamaan akan diberikan kepada mahasiswa yang mengalami keadaan seperti berikut :
• Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak lagi
• Mengalami masalah bekalan makanan
• Kekurangan barangan keperluan asas/peribadi.

“Mahasiswa yang terkesan boleh segera mengisi ‘google form’ yang disediakan di pautan https://forms.gle/9SVCFdEawqutjfuZA. Selain itu untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh terus hubungi +601163282604 atau 0194073530,” katanya lagi.

Bagi Kelab Mahasiswa UMNO atau lebih dikenali sebagai UMNO Siswa akan terus menyampaikan sumbangan kepada Mahasiswa yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran IPT.

“UMNO Siswa ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan ikhlas untuk memudahkan pengurusan dalam membantu mahasiswa. UMNO Siswa akan menyampaikan sumbangan ini kepada mereka yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran IPT. Semoga dengan usaha ini dapat memudahkan pengurusan pihak yang memerlukan

“Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun yang tertera di bawah:
Akaun: Public Bank
No Akaun: 6937291633
Nama pemilik: Nur Zulaikha Binti Hisham (Bendahari UMNOSISWA Malaysia)
Rujukan Resit: Pelajar Terkesan COVID- 19

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban mereka. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.

Terdahulu, KPT mencadangkan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka penuntut baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini selepas KPT mencadangkan penangguhan yang membabitkan penuntut dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan COVID-19.

Saranan ini dibuat kerana KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku selang beberapa hari dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Dilaporkan, Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19.– UMNO Online

Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.