Lupakan Politik, Kerajaan Baharu Fokus Bangunkan Negeri Dan Rakyat

KOTA KINABALU, 4 Okt – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri yang baharu akan memberi tumpuan untuk memajukan negeri dan rakyat selepas diberi mandat pada pilihan raya negeri lepas.

Menurut beliau, perkara itu akan menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

“Ia termasuk usaha memulihkan keadaan ekonomi negeri ketika ini,” katanya kediamannya di Luyang.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya mahu rakyat supaya melupakan politik kerana ia sudah berlalu.

Katanya, sekarang masa untuk melupakan politik sebaliknya mengorak langkah untuk membangunkan rakyat dan negeri.

“Perkara ini menjadi fokus utama kerajaan yang baharu selain akan melaksanakan initipati manifesto yang dijanjikan kepada rakyat semasa pilihan raya,” ujarnya.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata, usaha itu akan mengambil masa untuk direalisasikan.

“Berikan kami masa dan peluang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah berharap kerajaan yang baharu ini akan dapat berfungsi dengan baik dan mampu melakukan yang terbaik kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.