Gabungan Empat Parti Politik Dalam Kerajaan Perpaduan Kuat – PM

PUTRAJAYA, 1 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan. Mengesahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan. “Komplot […]

» Baca lanjut

Rumah Terbuka Aidilfitri Semai Perpaduan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 28 April – Penganjuran rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri satu pendekatan bagi mengeratkan silaturahim dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain. Selain itu ia turut berperanan bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan mengetengahkan konsep berkongsi rezeki. Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, tradisi rumah terbuka dilaksanakan saban tahun ketika […]

» Baca lanjut

Depani Cabaran… UMNO Tidak Harus Terperangkap Dalam Permainan Persepsi Nasional

KUALA LUMPUR, 26 April – UMNO tidak harus terperangkap dalam permainan persepsi nasional yang akan memperlahankan gerak kerja parti. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN), UMNO perlu bermuhasabah dengan kekuatan yang berbaki pada parti. “Mendepani PRN akan datang, UMNO perlu bermuhasabah kekuatan yang berbaki pada mereka semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Baca lanjut

Bung Seru Umat Islam Sambut Aidilfitri Dengan Sederhana Dan Berhemah

KOTA KINABALU, 21 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah. Katanya tidak dinafikan, memasuki fasa peralihan selepas negara dilanda Virus COVID-19 beberapa tahun lepas turut memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada […]

» Baca lanjut

Kekal Relevan: UMNO Perlu Jual Propaganda Parti, Bukan Pemimpin – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 April – Untuk memastikan parti keramat ini terus relevan, UMNO perlu menjual propaganda parti, bukannya pemimpin, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Jelasnya, dalam politik UMNO selalu membuat gerakan secara bersemuka untuk bertemu dengan para pengundi. “Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kita tidak bersedia dengan penggunaan media pihak ketiga kerana selalunya UMNO […]

» Baca lanjut

Barisan Kepimpinan Parti Perlu Bekerja Lebih Keras, Tampil Prestasi Luar Biasa

KUANTAN, 14 April – Dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO/Barisan Nasional (BN), barisan kepimpinan parti tidak boleh lagi leka sebaliknya perlu bekerja keras bagi menampilkan prestasi luar biasa. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman berkata, gabungan muka baharu dan lama hasil manifestasi para perwakilan pada musim pemilihan lalu dapat memberikan nafas baharu kepada parti keramat […]

» Baca lanjut

Mereka Yang Tinggalkan Parti Adalah Golongan Yang Tewas Dalam Perjuangan

SANDAKAN, 12 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, mereka yang meninggalkan parti adalah golongan yang tewas dalam perjuangan dan tiada nilai perjuangan yang boleh diteladani daripada mereka berkenaan. Menurut beliau apa yang benar dalam perjuangan ialah mereka yang mengambil tanggungjawab dan yang bertahan teguh pada prinsip serta pendirian biar apa pun […]

» Baca lanjut

UMNO Kinabatangan Terus Konsisten Bantu Rakyat

KINABATANGAN, 12 April – UMNO Bahagian Kinabatangan akan terus memainkan peranan serta tanggungjawabnya di kawasan tersebut meskipun kini wujud penubuhan parti baharu di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan Lamag. Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata UMNO bahagian itu tidak akan tergugat dan akan terus memberikan tumpuan untuk membela rakyat di kawasan tersebut di mana ianya […]

» Baca lanjut

Kerajaan Bangunkan Laman Sesawang Khusus Berkaitan Tuntutan Kumpulan Sulu

PUTRAJAYA, 11 April – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan telah membangunkan sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu yang akan dilancarkan esok. Laman sesawang “Malaysia-Sulu Case” itu menggunakan lima bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog, Perancis dan Sepanyol hasil usaha Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan […]

» Baca lanjut

Pertahankan UMNO, Aktifkan Peranan Media Di Semua Bahagian – Bung Moktar

SANDAKAN, 11 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta agar bahagian-bahagian UMNO di negeri ini mengaktifkan peranan media untuk mempertahankan parti dan pemimpin dari serangan tentera siber atau ‘cybertroopers’ parti lawan. Katanya peranan ini perlu diambil perhatian serius oleh Biro Penerangan di setiap bahagian dan UMNO Sabah telah pun membentuk satu biro baharu iaitu […]

» Baca lanjut
1 194 195 196 197 198 419