Jangan Asyik Bermain Politik, Realitikan Misi Untuk Kemajuan Rakyat – Sharif Musa

LAHAD DATU, 17 Jan – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mahu agar pengukuhan Kerajaan Perpaduan menjadi keutamaan perlu disambut dan diangkat menjadi gerak kerja dengan menolak permainan politik. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menolak mana-mana pihak yang asyik bermain politik tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat keseluruhan […]

» Baca lanjut

Fokus Terus Perkukuh UMNO, Musliati Tekad Perkemas Gerak Kerja Terapkan Semangat Perjuangan

KOTA KINABALU, 17 Jan – Keutamaan memastikan pelaksanaan perjuangan UMNO demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur malah diaplikasi dengan menerapkan permuafakan bersama rakyat. Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin memaklumkan bahawa keutamaan kini adalah mendukung aplikasi Kerajaan Perpaduan dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan masa hadapan negara. “Kita mahu memperkukuh UMNO dengan memastikan […]

» Baca lanjut

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Pemuda UMNO, Percaya Parti Mampu Bangkit Dan Membuat Rejuvinasi

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Malaysia atas pelaksanaan Misi Bantuan Banjir ke negeri itu bagi membantu dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dalam akaun X, beliau juga berkesempatan berjumpa dengan delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Johor yang […]

» Baca lanjut

Laksana Dimensi Baharu Dekati Rakyat, Berikan Impak Nilai Tambah Kepada UMNO

KOTA KINABALU, 15 Jan – UMNO perlu mengubah strategi dan pendekatan sebagai sebuah parti politik bagi membendung ‘trend’ penolakan pengundi di kawasan bandar, mahupun luar bandar. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dimensi baharu mendekati rakyat di peringkat akar umbi perlu dilakukan oleh UMNO bahagian yang tidak seharusnya tertumpu kepada ahli-ahli parti atau kelompok tertentu […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Yakin Kestabilan Politik Menjamin Kemakmuran Dan Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa kestabilan politik dapat menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Tegas Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, kerana itu jugalah perpaduan mestilah diutamakan dan menolak fahaman politik sempit yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara. “Melalui kestabilan politik, banyak usaha kerajaan dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat. Contohnya, hari […]

» Baca lanjut

Jangan Jadikan Rakyat Mangsa Kepentingan Politik – Ahmad Zahid

KOTA BELUD, 8 Jan – Pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini yang mengamalkan sikap terbuka, namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan […]

» Baca lanjut

Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan… Sanusi Dinasihat Lupa Hasrat Tubuh Kerajaan ‘Mi Segera’ – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan agar melupakan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan ‘mi segera’ dan mengikut sahaja pendirian Pas untuk menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz […]

» Baca lanjut

Perkukuh Parti, Semarakkan Perjuangan Jadi Azam UMNO Bahagian Lahad Datu

LAHAD DATU, 3 Jan – Suasana tahun baharu meletakkan pelbagai azam yang pastinya akan menyemarakkan kembali perjuangan UMNO agar kembali kukuh dan terus ampuh. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul memaklumkan bahawa program di UMNO bahagian terbabit telah dirancang dengan memanfaatkan kepelbagaian kaum dan budaya khusus dalam memastikan UMNO terus kukuh. Katanya, sudah tiba masanya rakyat Sabah […]

» Baca lanjut

Bung Moktar Ajak Ahli UMNO Tingkatkan Iltizam, Teruskan Perjuangan Cipta Kecemerlangan

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak semua ahli UMNO agar mengambil kesempatan pada tahun baharu ini untuk menanam azam bagi meneruskan perjuangan dan mencipta kecemerlangan. Katanya UMNO khususnya di Sabah telah melalui pelbagai cabaran, ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan dalam parti, namun dengan adanya pemimpin dan ahli parti yang masih berprinsip […]

» Baca lanjut
1 163 164 165 166 167 417