Iftar Ramadan UMNO Tenom Eratkan Silaturrahim, Perkukuh Perjuangan Parti

TENOM, 30 Mac – UMNO Bahagian Tenom terus menyantuni masyarakat dalam Iftar Ramadan bersama orang ramai yang berlangsung di Kampung Makaniton, di sini baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi memaklumkan bahawa pendekatan untuk bersama-sama masyarakat setempat dilaksana secara beterusan dan ditambah meriah dengan mengambil keberkatan bulan Ramadan iaitu dengan berbuka beramai-ramai. “Mengambil keberkatan bulan Ramadan, UMNO Tenom […]

» Baca lanjut

UMNO Lahad Datu Suarakan Isu Rakyat, Mahukan Bantuan Seperti BN Pernah Buat

LAHAD DATU, 27 Mac – Satu demi satu keperluan rakyat gagal dipenuhi oleh kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir oleh GRS sehinggakan pelbagai keluhan disalurkan kepada pimpinan politik dalam UMNO/Barisan Nasional (BN). Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata, parti terbabit menjadi suara kepada masyarakat lantaran pelbagai keperluan asas tidak dipenuhi oleh kerajaan negeri hinggakan rakyat berada dalam […]

» Baca lanjut

Tanggungjawab Bersama Tangani Isu Kewarganegaraan, Elak Diberi Kepada Yang Tak Layak – Rosnah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berpandangan masalah yang sering dipertikaikan di Sabah adalah isu kemanusiaan terutamanya kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan. Bagaimanapun katanya, situasi berkenaan memerlukan tanggungjawab bersama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu untuk memainkan peranan penting bagi mengelak kewarganegaraan diberi kepada mereka yang tidak layak. […]

» Baca lanjut

Prihatin Isu Kemiskinan Rakyat… Mohd Shahar Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keprihatinan dalam isu kemiskinan rakyat mendorong Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah untuk bertanya kepada Menteri Ekonomi berkenaan kaedah kerajaan dalam membantu golongan ini. Beliau bertanya berkenaan sejauh mana langkah kerajaan dalam membangunkan kawasan yang diduduki rakyat berpendapatan rendah? “Saya nak minta pandangan dari segi polisi ekonomi. Adakah kita perlu membawa orang miskin […]

» Baca lanjut

Islam Agama Bagi Persekutuan, Malaysia Bukan Negara Sekular

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan penjualan stoking yang bertulis “Allah” di sebuah rangkaian kedai sukaneka. Ini telah menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam dikalangan umat Islam pada bulan Ramadan hingga tercetusnya kempen boikot oleh Pemuda UMNO Malaysia. Tidak terhenti di situ. Kita di kejutkan pula dengan kenyataan Senator Ti Lian Ker baru-baru ini dalam sidang Dewan Negara menyatakan bahawa “𝘚𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢, 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 […]

» Baca lanjut

UMNO Tak Main Politik, Angkat Isu Rakyat Demi Kesejahteraan – Jeffery Nor

PUTATAN, 21 Mac – Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menolak dakwaan kononnya bermain politik sedangkan beliau mengangkat isu berkaitan air demi kepentingan rakyat tempatan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata setiap kritikan yang ditimbulkan adalah berasaskan dengan sesuatu yang membina dan untuk memberi kebaikan kepada rakyat secara holistik. “Kita tinggal dalam dunia era politik […]

» Baca lanjut

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 Mampu Cegah Kes Tuntutan Sulu Berulang – Azalina

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diwujudkan supaya kes seumpama tuntutan waris Sulu tidak berulang lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata, apa yang terjadi dalam kes Sulu ialah Kerajaan Malaysia telah disaman di […]

» Baca lanjut

Penggubalan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing Cermin Usaha Kerajaan Lindung Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing mencerminkan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menegakkan hak dan kepentingan negara di samping memastikan kedaulatan negara dilindungi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap wilayahnya, termasuklah peristiwa atau apa-apa perkara berkaitan yang […]

» Baca lanjut
1 155 156 157 158 159 417